Tuesday, July 12, 2011

Arsenal Training Session (Asia Tour 2011)


Bertempat di stadium nasional bukit jalil pada 12 julai 2011, berlangsung sesi latihan pasukan Arsenal yang dihadiri oleh ribuan penyokong setia The Gunners ini..sesi latihan yang bermula pada jam 7 malam telah dipenuhi ribuan penyokong setia pasukan Arsenal sejak jam 5 petang lagi..saya sendiri menyaksikan sesi latihan tersebut berasa sangat teruja dengan aksi yang ditampilkan oleh pasukan arsenal yang berlatih bersungguh-sungguh bagi menghadapi pasukan harimau malaya pada keesokan harinya..


Arsenal yang hadir ke Malaysia tanpa kelibat cesc Febregas membuat kejutan apabila Samir Nasri masih lagi berada di dalam senarai pemain arsenal..Nasri yang dikatakan bakal ke manchester city tampil bersama pasukan arsenal semasa sesi latihan tadi..keliabat pemain asia di dalam pasukan arsenal juga turut menjadi tumpuan media apabila pemain muda dari jepun membuat aksi sulung pertama bersama arsenal pada rabu ini iaitu Ryo Miyaichi..


Arsenal yang pernah datang ke Malaysia sebelum ini berkata menerusi jurulatihnya bahawa mereka sangat teruja untuk bertemu pasukan malaysia dan mereka akan membariskan pemain terbaik mereka untuk bertemu malaysia pada rabu ini..kehadiran penyokong dijangkakan bakal dipenuhi penyokong Arsenal dan majoriti penyokong Arsenal adalah berbangsa cina dan melayu..ada juga perkara yang menarik dapat dilihat di stadium apabila pelancong asing memakai baju harimau malaya dan ia amat membanggakan kerana rakyat malaysia sendiri lebih menyokong arsenal berbanding negara mereka sendiri..

hampir 1 jam 30 minit mereka berlatih dan diharapkan pasukan harimau malaya dapat menampilkan aksi terbaik untuk menumpaskan arsenal !! goodluck malaysia !!







2 comments: