Friday, July 8, 2011

Amri, Hai-o dan Piya dipanggil ke latihan kebangsaan


3 pemain dipanggil ong kim swee untuk menyertai 16 pemain harimau muda untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Chelsea pada 21 july 2011 di stadium nasional bukit jalil pada jam 8.45 malam..3 pemain tersebut adalah Amri Yahyah (selangor), Hairuddin omar (N.Sembilan) dan Badri Radzi (Kelantan) yang akan menyarung jersi malaysia bagi perlawanan persahabatan tersebut..

peluang terbaik ini bakal digunakan ketiga-tiga pemain ini bagi menguatkan jentera serangan Malaysia ..Amri Yahyah masih lagi menjadi sebutan untuk menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan tersebut kerana gol yang dijaringkan beliau pada perlawanan bertemu Man utd tahun lepas masih menjadi ingatan semua orang yang inginkan Amri Yahyah menjaringkan gol ketika Malaysia lawan chelsea nanti..Bagi hairuddin omar ini adalah kali kedua beliau bermain untuk malaysia dan akan bertemu chelsea buat kali kedua dan beliau yang menjaringkan gol utk malaysia ketika malaysia tewas kepada chelsea pada tahun 2003 dengan jaringan 4-1..

bagi badri radzi atau dikenali sebagai piya,ini adalah pengalaman pertama beliau menyarung jersi malaysia dan beliau akan cuba sedaya upaya untuk bersaing dengan pemain muda yang lain dan beliau berharap dapat diturunkan ketika perlawanan menentang chelsea nanti..kepada peminat malaysia yang tidak dapat membeli tiket..anda boleh menonton perlawanan tersebut secara langsung di Astro Arena 801.

No comments:

Post a Comment