Sunday, July 10, 2011

Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari


Hari ni 11 julai 2011 genap 20 tahun Lagenda bolasepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari meninggalkan kita semua.Tepat jam 8.25pagi di Pusat Perubatan Subang,tanggal 11.7.1991 negara kehilangan pemain bola sepak yang tiada galang gantinya..arwah bermula bermain bola dengan kelab PKNS di mana disitulah tempat kerjanya..kemudian beliau bermain untuk pasukan selangor dan berjaya membawa pasukan selangor muncul juara piala malaysia sebanyak 10 kali beliau juga mengharumkan nama negara dengan beberapa kejayaan yang membanggakan negara malaysia

SUPERMOKH adalah gelaran khas untuk beliau dengan tubuh badan yang tegap dan larian yang pantas serta rembatan seperti peluru membuatkan semua pemain bola menghormati beliau dan semua pemain bola sentiasa menjaga beliau ketika berada diatas padang bola..arwah sangat sayangkan pasukan selangor sehinggakan beliau sanggup tidak mahu pindah ke pasukan arsenal yang membuat bayaran sebanyak 1 juta ringgit..beliau seorang pemain yang bersemangat dan kini rakyat malaysia amat merindui kehebatan beliau dan masih mencari seorang pemain bola sepak malaysia yang boleh menyaingi kehebatan beliau..Al- Fatihah..

2 comments: