Saturday, June 11, 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011


Tahniah kepada pasukan terengganu kerana berjaya merangkul kejuaraan Piala Fa 2011 apabila menewaskan kelantan 2-1 di stadium nasional bukit jalil malam tadi..perlawanan yang hangat dan panas ini melibatkan pasukan dari pantai timur berjaya menarik tarikan rakyat malaysia untuk menontonnya..di stadium,jelas ternyata penyokong kelantan lebih ramai berbanding penyokong terengganu..pada separuh masa pertama,permainan berhati-hati kedua-dua pasukan telah menyebabkan perlawanan terikat tanpa jaringan pada babak awal..terengganu dilihat lebih menguasai bola berbanding kelantan..

pada separuh masa kedua,terengganu dan kelantan tampil dengan strategi lebih tersusun dan akhirnya gol pertama perlawanan dihasilkan oleh pasukan kelantan dengan jaringan dari nurul azwan roya pada minit ke-79 apabila berjaya mengatasi keeper terengganu iaitu sharbine untuk meletakkan kelantan dihadapan..bagaikan sudah memenangi perlawanan,kelantan mengendurkan asakan dan akhirnya mereka menerima padah apabila pada minit terakhir perlawanan Terengganu berjaya mendapatkan gol penyamaan apabila manaf mamat berjaya merembat bola dan menewaskan khairul fahmi namum bola itu cuba diselamatkan oleh daudsu tetapi daudsu gagal untuk menanduk kemas dan menyebabkan beliau menjaringkan gol sendiri...

tamparan hebat kelantan itu bertambah buruk apabila perlawanan terpaksa dilangsungkan ke masa tambahan 30 minit,terengganu bijak mendapatkan peluang keemasan untuk gol kemenangan apabila mendapat sepakan penjuru pada minit ke-109 dan gol dijaringkan oleh Ahmad Nordin Alias yang mudah menewaskan khairul fahmi..tahniah juga kepada kapten terengganu iaitu Marzuki Yusuf kerana berjaya mendapat pemain terbaik perlawanan ..selaku juara mereka membawa pulang Rm 500 000 dan piala Fa ...mereka bakal menyimpan terus piala ini keranan piala baru akan dibuat pada musim hadapan..

Terengganu juga akan layak ke Piala AFC 2012 namun masih belum layak ke perlawanan sumbangsih 2012 kerana masih belum menjuarai liga super atau piala malaysia pada musim 2011 ini..skuad penyu bakal mendapat suntikan imbuhan dari kerajaan negeri diatas kejayaan mereka.
Tahniah Terengganu !!!








No comments:

Post a Comment