Tuesday, June 7, 2011

Spekulasi Perpindahan Pemain Ternama




Neymar da Silva Santos Júnior


Pemain kelahiran Brazil ini mula menjadi tumpuan kelab EPL dan La liga apabila Neymar mula menyarung jersi Brazil pada tahun lepas..pemain berusia 19 tahun ini menjadi rebutan kelab epl Chelsea ingin berbelanja besar pada musim hadapan bagi mendapatkan penyerang terbaik untuk mengantikan Drogba mahupun Anelka..dikabarkan Real Madrid juga cuba memancing pemain ini bagi menguatkan serangan Real Madrid serta AC Milan juga turut berminat mendapatkan khidmat pemain ini..


Francesc "Cesc" Fàbregas i Soler


Pemain kelahiran sepanyol dan juga pernah bermain untuk barcelona ini dijangka bakal kembali ke kelab lamanya Barcelona pada musim hadapan apabila kabar angin tersebar bahawa pihak Barca sangat berminat untuk memanggil kembali bekas pemainnya ini bagi menguatkan jentera tengah..pemain berusia 24 tahun ini juga dikabarkan mendapat tawaran tidak rasmi daripada musuh barcelona iaitu Real Madrid dan juga Man city.


Javier Hernández Balcázar


Pemain yang dikenali sebagai Chicharito bermain untuk Man Utd dibahagian penyerang dikatakan sedang dipancing dari kelab Real Madrid yang berminat mendapatkan bintang Mexico itu..Real sanggup melakukan pertukaran pemain dengan menawarkan Higuain atau benzema bagi mendapatkan Chicharito..namun pengurus Man Utd masih lagi berkeras untuk menjual pemain tersebut.


Luka Modrić


Penyerang Croatia ini mendapat liputan meluas apabila Man Utd sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pemain ini bagi mengantikan posisi Paul Scholes yang akan bersara musim ini..Modrid sendiri telah memberi lampu hijau untuk dia tinggalkan white hart lane namun hanya pengurus pasukan saja yang masih mashu dia dikekalkan bersama spurs.



Gareth Frank Bale


Pemain paling berbisa di spurs adalah Bale yang bermain di posisi pertahanan kiri dan sayap kiri ini dikhabarkan mendapat tawaran dari pelbagai kelab seperti Real Madrid,Man Utd,AC Milan dan Man City..pemain berusia 22 tahun pada tahun ini dan berasal dari Wales merasakan dirinya masih lagi ingin bersama spurs,namun dengan tawaran yang tinggi akan membuat pasukannya akan berfikir untuk menjualnya atau tidak.



Antara kabar angin perpindahan pemain adalah :-

Gary cahill (Bolton) to Man City

Brad Friedel (Aston villa) to Spurs

De Gea (atletico Madrid) to Man Utd

No comments:

Post a Comment