Thursday, June 9, 2011

Sehari sebelum Final Piala FA




Sehari sahaja lagi sebelum sepak mula perlawanan akhir diantara gergasi pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu yang akan dilangsungkan di stadium nasional bukit jalil pada jam 8.45 malam..perlawanan yang akan ditayangkan secara langsung di TV1 dan astro arena itu bakal menjadikan titik tolak bagi kedua-dua pasukan yang masing-masing ingin menjuarai piala FA buat kali pertama dalam sejarah mereka..

belum pun bermula lagi sepak mula sudah ada khabar angin bertiup yang mengatakan pasukan kelantan bakal menyerahkan piala FA itu kepada Terengganu,namun berita itu disangkal oleh pihak kelantan yang mengatakan mereka akan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan kejuaraan milik mereka..

bagi skuad penyu pula,mereka sudah pasti melakukan persiapan rapi bagi menghalang kemaraan penyerang kelantan yang diketuai oleh Norshahrul idlan talaha yang pasti akan menjadi duri dalam daging bagi Terengganu..Terengganu yang baru tumpas keatas kelantan pada selasa lalu dengan kekalahan 0-3 di stadium mereka sendiri..Sementara itu, penjaring terbanyak pasukan, Abdul Hadi Yahya gembira dengan kehadiran Ashaari Samsuddin yang diyakini menjadi gandingan terbaiknya dalam rangka memudahkan tugasnya menjaringkan gol.

diharap kedua-dua pasukan dapat menunjukkan permainan yang baik dan sopan serta diharapkan kepada penyokong supaya menjaga tingkah laku dan dilarang bermain mercun dan bergaduh..

No comments:

Post a Comment