Monday, June 20, 2011

Permulaan Ke New Zealand

Isnin 4 petang.. aq bersama abg dan mak bertolak ke Lower COST CARRIER TERMINAL (LCCT) di sepang untuk berlepas ke New Zealand..Penerbangan kami bertolak pada jam 11.30 malam dan tiba jam 2.00 petang (waktu new zealand)..perjalanan mengambil masa 10 jam kerana perjalanan yang sangat jauh..New Zealand terletak pada GMT 12,so beza waktu malaysia-new zealand adalah 4 jam..



tepat jam 6 petang,saya tiba di LCCT bersama keluarga aq..bila dah sampai aq pun terus call orang AirAsia iaitu Ms Yong Swee Ping..beliau juga turut berlepas bersama aq ke new zealand bersama seorang lagi pemenang contest AirAsia iaitu Franly dari sabah..pada jam 7 malam..kesemua peserta ke new zealand ini berkumpul di pejabat AirAsia bagi menunggu dua orang blogger dari malaysia dan china..blogger dari malaysia iaitu Budiey dan James dari china..



setelah semua sudah ada,kami sempat berkenalan di office airasia..selepas itu,diberikan sedikit briefing oleh Melanie dari tourism new zealand (Malaysia) bagi menerangkan apa yang perlu dilakukan di new zealand nanti..di new zealand kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team Kaitaki & Team Kairiri dan perlu update twitter dan tulis blog kumpulan kami..saya (uzair) mewakili Team Kaitaki yang terdiri daripada Mohd zaid & zara aluwi serta Budiey (blogger)...bagi team kairiri terdiri daripada Franly,vincent,ten dan James (blogger)..setiap pasukan akan diwakilkan dengan seorang blogger..





pada jam 9 malam,kami semua makan malam sebelum flight..tepat pada jam 11 malam kami check in beg di kaunter AirAsia bagi penerbangan ke Christchurch airport..setelah barang telah check ini..kami pun terus ke gate pelepasan sebelum menaiki pesawat AirAsia X D7 untuk ke Christchurch International Airport..walaupun banyak berita yang diterima tentang gempa bumi dan asap jerebu di christchurch..namun pihak AirAsia tetap meneruskan penerbangan ke sana..


*tunggu post seterusnya untuk soalan contest tu !!

klik sini untuk masuk contest tu

5 comments: