Wednesday, June 29, 2011

Malaysia menang keatas Taiwan




Skuad bola sepak negara berjaya memperoleh kemenangan 2-1 menundukkan Taiwan dalam saingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.Beraksi di laman sendiri tidak memberikan kelebihan yang baik kepada malaysia kerana hanya berkelebihan 1 gol untuk dibawa ke taiwan ahad ini..pemain malaysia masih lagi leka dan lali pada saat-saat hujung perlawanan..namun kemenangan ini amat berharga sekali buat malaysia bagi memastikan kelebihan untuk layak ke pusingan seterusnya.



Gol pembukaan negara di perolehi melalui Safiq Rahim pada minit ke-28 dan gol kemenangan hasil tandukan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abd. Radzak pada minit ke-55 manakala gol tunggal Taiwan diperolehi hasil rembatan kencang Po Liang Chen pada minit ke-77.Selepas ini skuad kebangsaan akan berkunjung ke Stadium Municipal Taiwan pada Ahad ini untuk perlawanan kedua

senarai 11 pemain malaysia :

sharbinee, helmi, aidil, fadhli, asra, amirulhadi, amar, safiq, kunanlan, baddrol dan safee

jangan lupa saksikan :-

Siaran Langsung Perlawanan Pusingan Kedua:
Pra - Kelayakan Piala Dunia 2014
03 JULAI 2011
Taiwan lwn Malaysia dari Stadium Kaohsiung Taiwan.
06.30 Petang.
ASTRO ARENA

No comments:

Post a Comment