Monday, June 6, 2011

Keputusan Liga super 6/6/2011




selangor,negeri sembilan dan kelantan masing menang besar malam tadi apabila menumpaskan lawan masing-masing dan yang paling mencuri tumpuan ialah pasukan selangor yang menewaskan perlis di stadium shah alam dengan jaringan besar iaitu 7-1..selangor diibarat seperti mengamuk malam tadi apabila berjaya dihadapan pada separuh masa pertama dengan jaringan 5-0..pada separuh masa kedua selangor terus menambah 2 jaringan dan perlis berjaya mendapat 1 gol sagu hati..gol selangor dijaringkan oleh hatrik dari asraruddin ,2 gol dari rudie ramli,1 gol dari fitri shazwan dan 1 gol dari amirul hadi …di stadium sultan ismail pula,kelantan berjaya menewaskan musuh terdekat terengganu dengan jaringan 3-0 yang dibantu oleh dua jaringan penyerang kebangsaan dan satu gol dari izuan sallehuddin..kelalaian pertahanan dan keeper terengganu adalah punca utama mereka gagal bermain baik pada perlawanan malam tadi..ini telah memberi kelebihan kepada kelantan yang akan bertemu terengganu sekali lagi pada perlawanan piala Fa pada 11 jun ini..

di stadium paroi,negeri sembilan bangkit dari kekalahan lalu dengan membelasah pasukan T-team 4-0…namun perlawanan di paroi dicemari dengan 2 kad merah masing2 satu untuk pasukan n9 dan t-team..kedah turut mencatat kemenangan apabila menewaskan felda united 2-1 di stadium MBPJ manakala johor fc sekadar seri dengan perak di stadium jcorp…kelantan akan mengesahkan kejuaraan liga super pada 2 game akan datang bagi menanti keputusan pesaing ditangga kedua iaitu selangor..


Keputusan Semalam :

Selangor (7) - Perlis (1)
Felda united (1) - Kedah (2)
Johor FC (1) - Perak (1)
N.Sembilan (4) - T-team (0)
Terengganu (0) - Kelantan (3)



carta liga :

1. kelantan 50 mata
2. selangor 48 mata
3.terengganu 47 mata
4. kedah 41 mata
5.perak 39 mata

3 comments: