Tuesday, June 28, 2011

Day 4 : Saya suka New Zealand









seawal jam 7.30 pagi aq sudah bangun dan mandi serta bersiap2 untuk pergi bersarapan Restaurant Run 77 berdekatan dengan Lake Tekapo..tapi sebelum itu,kami check out dari hotel yang kami tinggal iaitu Hotel Peppers..ketika sarapan,saya hanya makan scramble egg dan hot chocholate saje..memang sedap makan disitu sambil menikmati keindahan padi di Lake Tekapo yang indah dengan cuaca yang sangat sejuk pada pagi hari iaitu sekitar 1 darjah celcius..

kereta yang kami dinaiki pun pada pagi itu dipenuhi ais yang nipis membuatkan kami merasa seperti dalam peti ais di dalam kereta..hahaa..selesai kami makan..kami pun bergeraklah ke Queenstown iaitu kira-kira 3 jam perjalanan dari Lake Tekapo..ketika perjalanan kesana, di kiri dan kanan jalan yang kami lalui mempunyai permandangan yang cantik dengan gunung-ganang yang ada salji serta dapat melihat kambing biri-biri dan lembu melintas di jalanraya..

setelah tiba Queenstown,kami menetap di Novotel Hotel iaitu betul-betul berhampiran dengan Lake Wakatipu yang terletak di sebelah bandar Queenstown..setelah kami check in barang kami..kami pun dibawa ke pinggi tasik wakatipu,dan kami berjalan ke sana dengan permandangan indah dan permai..kami dibawa ke Furgburger,untuk makan tengah hari kami...di Furgburger,merupakan pengalaman pertama saya merasai burger paling besar di dunia..huhu..memang sedaplah burger dia..aq makan burger ikan salmon dan wow..memang terbaik la..hahaha..memang xde kat malaysia burger nih..huhu..










selepas itu,kami pun keluar dan dibawa ke skyline..disana kami dapat menaiki Gondola (cable car) dan merasai pengalaman menaiki Luge..ini satu pengalaman menarik dan terbaik kami menaiki luge..luge adalah sebuah kereta sorong kecil yang rendah seperti go-kart dan tidak memerlukan minyak..cuma hanya ada brek sahaja...memang best la naik Luge ni..sambil kami berada di puncak Luge Kami juga dapat melihat keindahan bandar Queenstown dari puncak Skyline dan dapat melihat pelbagai aksi ekstrem seperti bungy jump dan skydiving..











setelah selesai bermain Luge..jam di handphone saya menunjukkan jam 6 petang dan keadaan sudah gelap...dikala cuaca yang sejuk,kami pun sempat masuk ke kedai cenderamata dan membeli sedikit barang untuk kenangan..selepas membeli kami dijemput untuk menyaksikan satu persembahan orang Mauri iaitu bangsa di new zealand..disana kami dapat belajar pelbagai tradisi dan tarian orang new zealand yang dikenali sebagai Haka..setelah menonton,kami menuruni gondola dan pulang ke Novotel tempat kami menginap..






kami diberi 20 Dollar NZ untuk makan malam pilihan kami disini..huhu..bestnya dapat jalan2 di kota Queenstown pada waktu malam..disini pada waktu malam memang sejuk sekali dan sangat meriah untuk berjalan-jalan dan menikmati keindahaan bandar Queenstown..sejak saya tiba di new zealand,Queenstown merupakan bandar paling yang saya suka kerana disini mempunyai keindahan yang amat2 cantik sekali untuk disaksikan..sambil menikmati udara sejuk dan tasik wakatipu yang cantik memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan..




makan malam saya memilih restaurant Turkish kebab dan rasa kebab nya memang original larh..memang sedap lah makan kat situ lagi2 pulak dapat makan kebab ayam dengan nasi..maklumlah sejak di new zealand ..lama sungguh aq xmakan nasi..hahaha...




pada jam 10 malam aq pun balik ke bilik dan update blog ...selepas 30 minit aq pun tidur dan menunggu aktiviti hari esok..


No comments:

Post a Comment