Friday, June 24, 2011

Day 3 : saya suka New Zealand



Pada hari ke-3..hari pagi saya dimulakan dengan menyaksikan Gerhana Bulan di new zealand..saya sangat bertuah kerana berada di hujung dunia yang sunyi sepi dan dapat melihat gerhana bulan dengan sangat jelas sekali..bukan senang nak tengok dengan jelas taw.. saya bangun dari tempat tidur seawal jam 7 pagi dan bersiap-siap untuk sarapan pagi di Hotel yang saya tidur iaitu Villa Terrace Downs..Terrace Downs adalah sebuah resort 5 bintang dan mempunyai kemudahan terbaik terutama dalam golf dan spa..sambil pemandangan sekeliling yang cantik dan indah membuatkan saya tak mau balik..hehee.





pukul 7.30 pagi kami bersarapan di Club house Terrace Down..selepas sarapan,mulalah cabaran pertama kami iaitu bermain golf !!! huhu...kami diberikan boogie (golf car) kepada setiap sorang dari kami..jadi inilah pengalaman pertama saya memandu kereta ini..ia amat mudah untuk dipandu dengan hanya menekan minyak dan brek sahaja..






kami bergerak dengan mengunakan boogie hingga ke lapangan golf..setibanya disana, kami mendapat kayu golf untuk setiap seorang..kami diberi peluang untuk bermain golf dan membut sedikit latihan..cabaran pertama kami pada hari ini adalah explore race,..halangan pertama kami adalah kami perlu memukul bola golf sehingga melepasi tiang ragbi..memang pelik kan cabaran ini..hehe..tapi ia memang menyeronokkan..setelah itu kami perlu memukul bola golf melepasi tasik dan perlu membuat hole in one..hehe...kami juga perlu bermain tenis dan mencari barang di dalam spa sebelum cabaran kami tamat di club house..





kami juga diberi peluang untuk bermain Memanah..ini juga pengalaman pertama saya memanah dah saya sangat bertuah kerana diberi peluang kepad pihak Terrace Downs untuk memanah..setelah tamat cabaran pertama,kami dihadiahkan cap dari pihak Terrace Downs yang berharga 36 NZD..wow..mahal kan..tapi kami dapat free je..hehe..setelah itu,kami pun check out dari hotel dan bergerak terus ke lokasi seterusnya iaitu di Lake Tekapo





lake tekapo ini terletak di selatan daerah Otago dan sungainya mengalir ke Queenstown dan dinamakan sungai Kawarau..Tasik ini merupakan tasik ke terpanjang di New Zealand dan ketiga terbesar di New Zealand..tasik ini juga dikenali sebagai Blue wate lake kerana warna air tasik ini kelihatan kebiruan dan tasik ini sangat dalam sehingga mencecah 100 meter..

Perjalanan saya dari Terrace Down sehingga lake tekapo mengambil masa 3 jam masa perjalanan..kami juga sempat singah di pekan otago untuk berehat sebentar..suhu sekitar pada hari itu adalah 13 darjah celcius..tepat jam 3 petang kami pun tiba di Alpine Springs iaitu bukit yang berhampiran dengan Lake tekapo ..disini suhu telah pun menurun sehingga 3 darjah celcius dan pada waktu malam ia mencecah -3 darjah celcius..di Alpine Spring kami sempat bermain lawnbowl ice iaitu sukan yang terkenal di olimpik..kami juga dapat melihat sekitar kawasan alpine spring dengan mempunyai kolam air panas yang terbaik dan mempunyai spa yang canggih..



selepas selesai melawat Alpine Spring kami terus bergerak ke pinggir tasik tekapo untuk mengambil gambar kenangan dengan permandangan yang sangat cantik sambil gunung yang diliputi salji..Lake Wakatipu juga terkenal dengan kisah dongengnya iaitu orang ramai berkata ditasik ini mempunyai Naga..hehe..setelah mengambil gambar,kami pun check ini di hotel Peppers..setelah check in,,kami sempat mengudate twitter,facebook dan blog kami di AirAsia..



di hotel ini juga, setiap bilik mempunyai Jacuzzi dan saya tidak melepaskan peluang kami untuk mencuba mandi situ ..memang sedaplah dapat air panas kerana suhu diluar sana berada dibawah paras beku..setelah mandi,kami pun pergi dinner di restaurant Mackenzies...saya hanya makan pasta kerana tidak boleh makan makanan tidak halal yang lain..setelah makan,kami pun bali ke bilik dan berehat ..lebih kurang jam 10 malam saya sempat tengok channel Disney di tv selum tido..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz







thank you to AirAsia & Pure New Zealand cuz bring me holiday to New Zealand !!

No comments:

Post a Comment