Wednesday, June 22, 2011

DAY 2 : Saya Suka New Zealand !!




hari kedua di new zealand saya bangun seawal jam 7 pagi waktu new zealand dan bersarapan di Restaurant & Bar Heritage Hanmer Springs Hotel..menu waktu macam biasalah makan roti dan bijirin sambil minum kopi..selepas siap sarapan kami pun memulakan aktiviti pertama kami iaitu pergi Hanmer Springs Thermal Pools yang terletak 500 meter dari hotel yang kami tinggal..disana kami diberikan pakaian khas dan kami boleh mandi ke semua kolam air panas yang disediakan tanpa bayaran..memang best la..

di kolam air panas ini mempunyai permandangan yang cantik seperti gunung-ganang yang mempunyai salji dan pengalaman paling berharga yang saya dapat ialah mandi di air panas yang dalam keadaan cuaca sejuk iaitu lebih kurang 5 darjah celcius..suhu air di kolam air panas Hanmer Springs ini boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius..disini terdapat beberapa kolam air panas dan mempunyai permainan menarik iaitu SuperBowl serta mempunyai SPA yang terbaik di Hanmer Springs..






selepas mandi kolam air panas...kami balik ke hotel kami iaitu Heritage Hanmer Springs Hotel untuk check out..selepas check out kami pun meneruskan perjalanan untuk ke aktiviti kedua..aktiviti kedua kami melakukan claybird shooting di Thrill seekers ..Thrill seekers adalah tempat terkenal di new zealand untuk melakukan aktiviti extreme seperti quad bikes,rafting,bungy jump dan jetboat..namun kami hanya membuat claybird shooting sahaja disini..





claybird shooting merupakan satu pengalaman baru yang saya dapat disini dan saya juga berjaya menjadi sharp shooter apa bila mendapat markah tertinggi dalam menembak clay ini..selepas kami melakukan aktiviti kami akan ke Terrace Downs iaitu satu resort terkemuka di new zealand yang bertaraf 5 bintang...perjalanan dari Hanmer Springs ke sana mengambil masa 3 jam..di dalam perjalanan kami,kami sempat singgah ke Rangiora iaitu sebuah pekan kecil yang cantik untuk dilawati..kami makan tengah hari di Coffe Culture dan saya memilih menu kek coklat dan air hot choclate untuk lunch..



selepas makan..kami pun meneruskan perjalanan dan kami tiba di Terrace Downs pada jam 5 petang dan hari pun sudah kelihatan gelap..setelah sampai kami pun check in dan terus masuk ke villa kami dan saya amat terkejut apabila mendapat layanan istimewa dari pihak hotel dan rasa seperti macam orang kaya disini..hehe..pada jam 7 malam kami makan malam di restaurant Terrace Downs dan saya memilih menu pasta dan kek coklat..hmm sedap sangat2 makan kat situ..memang terbaik la..pada jam 9 malam kami balik ke villa dan saya sempat update blog dan pukul 10 malam saya pun tido..zzzzzzzzzzzzzzzzz.....suhu pada waktu malam di Terrace Down ni sangat sejuk sehingga mencecah 1 darjah celcius..huhuhu



soalan siri kedua :

1) Namakan Restaurant yang saya pergi waktu makan tengah hari?
2) Apakah Nama tempat kolam Air Panas yang saya mandi?
3) Namakan Bandar tempat saya makan tengah hari ?
4) Jam berapa saya sampai di Terrace Downs?
5) Jam berapa saya makan malam?

hantarkan jawapan anda dengan tepat dan betul berserta slogan

saya suka new zealand kerana ..............(tidak melebihi 20 patah perkataan)

hantarkan jawapan,slogan,nama,alamat penuh dan no.telefon ke email saya iaitu

uzairshiela@yahoo.com.sg

selamat menjawab ye kawan2!!! kepada pemenang bertuah bakal memenangi ole-0le dari new zealand !!! hhuhuhhuhu

tarikh tamat soalan siri ke-2 ini adalah pada 25/6/2011

2 comments:

  1. nk msuk sume siri bole x..
    nk ole2...
    haha..:D

    ReplyDelete
  2. boleh je..dialu2kan..cuma satu siri satu pemenang je..hehe..

    ReplyDelete