Monday, June 20, 2011

Day 1 : Saya Suka New Zealand !!

setelah perjalanan yang jauh diatas flight AirAsia x D7 2756 dari LCCT ke Christchurch Airport yang mengambil masa 10 jam lebih akhirnya tiba juga di New Zealand..Terima Kasih kepada AirAsia kerana menaja penerbangan kami ke New Zealand serta makanan (dua kali makan taw) diatas flight yang sedap.makanan di AirAsia tidak lah mahal dan berpatut untuk penumpang..diatas flight saya makan Pak Nasser's Nasi Lemak dan Chiken Briyani..saya juga dapat melihat suasana matahari terbit disebelah timur dengan begitu cantik sekali ketika diatas kapal terbang..memang sangat cantik dan tidak akan dilupakan detik itu...



makan nasi briyani di AirAsia


tepat jam 2.00 petang,tibalah di Christchurch Airport dengan suhu sekitar adalah 13 darjah celcius..setelah tiba aq pun menguruskan borang ketibaan dan kemasukan ke New Zealand..undang-undang di negara ini sangat ketat namun jika kita membawa sesuatu barang larangan kita boleh declare dengan petugas kastam di terminal..sewaktu tiba di kaunter kastam,sangat peramah pekerja mereka dan memberikan senyuman penuh dan bertanya tentang percutian aq..sangat baik dieorang ni..habis saja cek passport aq pun terus ambil beg aq di tempat beg dan terus keluar ke pintu ketibaan antarabangsa..kami di iringi oleh swee ping (airasia) dan melanie (tourism new zealand) untuk bertemu dengan Fiona (manager tourism new zealand) dan Guy (cameraman).


fiona dan guy


setelah bertemu Fiona dan Guy,kami pun terus berkenalan dan sempat mengambil gambar untuk pertama kalinyal..Guy seorang cameraman yang professional di New Zealand akan merakamkan detik-detik manis sepanjang kami berada di New Zealand untuk dibuat video iklan tourism new zealand..wowow...huhu...memang bestkan masuk tv...setelah semua sudah berkumpul,kami pun bergegas keluar dari Airport tersebut dan menaiki dua kereta untuk ke Antarctic (Education Experience) yang terletak kira-kira 500 meter dari Christchurch airport..



gambaran Antarctic


seetlah tiba,kami diperkenalkan oleh Fiona dan Guy kepada sale manager Antarctic dan pekerja disana menerangkan kami tentang apa yang ada di antartika..selepas itu, saya diberi peluang untuk menaiki The Hangglund.,


inilah Hangglund





.kenderaan ini akan dipandu selama lebih kurang 10 minit perjalanan dan kami akan merasa satu penagalaman memandu di atas antartika..ia mempunya 4 bukit dan 1 kolam bagi halangan untuk kenderaan ini dan ia adalah satu pengalaman yang seram dan menarik untuk dikongsi kepada anda semua..memang best la naik Hagglund ni..rasa mcm kat tmpt salji pulak..rasa mcm keta kebal pun ada juga..hehe..


inilah harga masuk Antarctic


selepas itu kami dibawa masuk ke 4D Extreme Theatre bagi menonton Little Blue Penguin dan skull Rock..dua cerita ini mengisahkan tentang kehidupan penguin dan lanun yang ingin mengambil harta karun di Antartika..memang best cerita ini kerana dapat di tonton dengan 4D dan mempunyai prob yang terbaik ketika menonton..sambil menonton juga ada percikkan air dan salji turun serta ada buih2 turun kepada penonton di theatre tersebut..memang terbaik la dan takde kat malaysia benda ni..ini adalah satu pengalaman istimewa yang saya miliki disini..


interview pengalaman saya dari Budiey.com


Pengalam terakhir saya di Antarctic adalah Snow & Ice Experience including the Antarctic storm..disini suhu kawasan ini adalah -15 darjah celcius dan angin yang sangat kuat menyebabkan aq kesejukan yang teramat sangat disini..tujuan tempat ini ditubuhkan adalah bagi tujuan merasai pengalaman kehidupan penguin yang tinggal dikawasan antartika..di sini juga mempunyai satu snow jetski dan sempat la amek gambar..bila dah lama berada di sini..tangan pun mula nk krem dan susah untuk bercakap..akhirnya selepas 10 minit kamu pun keluar dari bilik itu dan terus ke heater..hehe...maklumlah orang malaysiakan..,mana tahan sejuk...hehe


di dalam Antarctic



perjalanan ke Hanmer Spring sambil menikmati matahari terbenam


tamat sudah aktiviti kami Antarctic,kami pun meneruskan perjalanan ke Hanmer Springs iaitu tempat kolam air panas yang terkenal di south island,new zealand..setelah 3 jam 40 minit perjalanan menaiki kereta yang dipandu Fiona...



akhirnya kami tiba disana pada jam 6.30 malam ..6.30 disana sudah kelihatan seperti malam dan sangat gelap dan kami terus check in di Hotel The Heritage Hanmer Springs..Hotel ini diantara hotel klasik di Hanmer Spring dan mempunyai kemudahan terbaik dan selesa untuk pengunjung ke sini..suhu disini sekitar 2 darjah celcius membuatkan aq terus mengambil baju sejuk akan dan memakai sarung tangan..memang sejuk giler lah..haha...

selepas meletak barang di bilik..kami pun keluar ke di Malabar ( Indian Restaurant) dan saya makan nasi basmati,ayam rempah,kambing rempah dan hot choclate ..dalam pakej ini saya cuma perlu membayar air saja iaitu sebanyak 5.5 $NZ kira-kira RM 14 ..tapi jika minum air kosong adalah percuma sahaja di new zealand..di Malabar ada disediakan PORK namun kita boleh mengubah menu yang lain jika tidak makan PORK..ini menunjukkan betapa prihatin rakyat new zealand terhadap orang islam yang datang ke negara mereka..


makan malam di malabar


selepas makan malam,saya diberikan sim card new zealand dan broadband bagi mengupdate blog Team Kaitaki iaitu team pasukan saya seperti yang saya terangkan di sini..thank to Pure New Zealand cuz sponsor us !!


inilah menu makan malam aku



makan malam bersama melanie,Fiona dan Guy



dapat simcard telco new zealand


pada pukul 9.45 malam kami pun pulang ke bilik untuk berehat dan kami sempat update blog Team kaitaki di WWW.blog.airasia.com ..walaupun suhu menceceah 2 darjah celcius namun kerja kami tetap diteruskan kerana keesokan harinya cabaran pertama kami bermula di Hanmer springs ini..selepas siap update blog,aq pun sempat la on9 FB dan twitter dibilik aq ditingkat atas ..aq tdo di master bedroom..maklum la..pemenang kan..hehe..memang best la bilik dia..besar sgt2 ..dapat la merasa jadi orang kaya kat sini..hehe..slalunya di malaysia kita pasang aircond ..tapi disini kami pasang heater..haha...tepat jam 11 malam aq pun tdo..zzzzzzzzzzzzzz



SOALAN CONTEST :

1.Nama Staff AirAsia yang ikot kami ke New Zealand?
2.Apaka nombor Fligh dari LCCT ke Christchuch?
3.pukul berapakah saya tiba di christchurch airport?
4.Berapakah suhu di snow & ice experience?
5.Namakan dua pasukan yang menyertai pertandingan ini?

tulis slogan : Saya suka new zealand kerana.... (tidak melebihi 20 patah perkataan)

hantarkan sekali nama,alamat penuh dan no.telefon anda di email

uzairshiela@yahoo.com.sg

senang je kan !! so jum la join contest nih !!!! anda berpeluang untuk menangi ole-ole dari New Zealand !!!
*tunggu post seterusnya ok !! contest bagi post yang ni tamat pada 23/6/2011..

1 comment:

  1. yeah..
    i'm in bro..
    tp slogan x reti r nk wat kreatif2 ni..hehe..
    btw..hangglund experience tu cambest je bro..:D

    ReplyDelete