Thursday, June 2, 2011

Bukit Merah Untuk Kedua kalinya






baru sahaja tiba ke rumah aq di cheras pada jam 2 pagi hari ini dalam keadaan yang 20 jam tak mandi..haha..aq baru sahaja selesai berkursus di politeknik ungku omar Ipoh yang berakhir pada 31 mei 2011 tempoh hari..aq menjalani kursus Compti A+ iaitu kursus komputer industri yang ditaja penuh oleh kerajaan malaysia..setelah tamat kursus aq terus bergegas ke Bukit merah lake town resort untuk bercuti bersama-sama keluarga besar aq..

dengan keletihan dilupakan aq pun terus terjun ke kolam mandi di lake tawn resort itu bersama-sama makcik2 dan pakcik serta sepupu aq..hampir 3 jam aq mandi terus gatal2 badan dibuatnya apabila terkena air yang dicampur klorine..hahaa..rasakan ko uzair !!! ..pada malam hari kami sekeluarga dengan kekuatan 7 kereta bergerak ke kemunting iaitu bandar yang menghampiri taiping untuk makan malam..dan pulang apabila puas menta darah kat sana...





keesokkan harinya aq bersama pakcik dan makcik aq pergi ke lake town untuk ke pulau orang utan dan mini zoo..ini merupakan kali kedua aq kesana melihat haiwan2 yang dijaga oleh MK LAND iaitu syarikat yang bertanggungjawab dalam memelihara haiwan di bukit merah..setelah selesai, kami pun terus la bergerak ke penang untuk shopping !!! hahaa...kalo pegi dengan org2 tua alamatnya kene la beli jeruk yang dekat dengan komtar tu..tapi sebelum itu mesti la pekene nasi kandar dlu..baru la senang hati nk jalan..



setelah puas berjalan,tibalah saat untuk pulang ke rumah tercinta dan mendapat satu khabar gembira apabila aq dipilih sebagai pemenang untuk contest AirAsia dan memenangani percutian ke New Zealand..huhuhuhu..ok la sampai sini saja dlu..perjalanan kali ini sungguh perit dan mencabar..hahahahaa..sabor jela...

No comments:

Post a Comment