Sunday, May 8, 2011

Real Madrid membelasah Sevilla








7/5/2011 (sabtu) :

Real Madrid membelasah Sevilla 6-2 di Sanchez Pizjuan pada perlawanan liga sepanyol yang ke-35 semalam..perlawanan yang berat sebelah dimana sevilla lebih banyak bertahana kerana enggan dibolosi..dalam 3 pertemuan liga sebelum ini real memenangi ketiga-tiga perlawanan tersebut..real berpesta gol dengan membuka jaringan pada minit 21 hasil jaringan daripada pemain pertahanan iaitu sergio ramos yang menerima hantaran sepakan penjuru daripada mesut ozil ..10 minit berselang cristiano ronaldo melakukan jaringan cantik hasil daripada tandukan pepe dan mudah beliau menjaringkan gol kedua real apabila hanya berdepan dengan penjaga gol sevilla iaitu javi varas..3 minit sebelum tamat separuh masa pertama, ricardo kaka menjaringkan gol ketiga madrid apabila melakukan rembatan bebas ke kanan gawang gol sevilla dan gagal ditangkap oleh penjaga gol sevilla ..

bermula separuh masa kedua sevilla cuba bangkit dengan jaringan dilakukan oleh negredo yang menewaskan casillas bagi merapatkan jurang gol kepada dua..namun pada minit 66 ronaldo menyumbat gol kedua bagi meletakkan real madrid kembali selesa dihadapan dengan gol 4-1…ronaldo menambah 2 lagi gol pada minit 71 dan 77 bagi meletakkan nama beliau di tangga teratas carta penjaring gol dengan ..sevila berjaya mendapat gol sagu hati pada mint 85 hasil jaringan negredo yang menanduk masuk ke gawan real..real kini berada ditangga kedua liga dan masih berpeluang meraih kejuaraan liga namun impian itu hanya akan dicapai jika barcelona tumpas kesemua perlawanan terakhir mereka..

dalam perlawnan lain altletico madrid tumbang kepada malaga 0-3 di gelanggan mereka sendiri ,getafe menang keatas almeria 2-0,valencia turut menang ditempat sendiri dengan menumpaskan real sociedad 3-0 ,Athletic Bilbao menewaskan levante 3-2, hercules tumpas kepada racing santander 2-3 dan sporting gijon sekadar seri 2-2 dengan deportivo la coruna.

No comments:

Post a Comment