Sunday, May 22, 2011

liga super (22/5/2011) : kelantan kekal di puncak liga super




kelantan kekal dipuncak liga apabila sekadar seri 2-2 dengan harimau muda semalam,penyerang skuad olimpik negara, izzaq faris membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 apabila menerima bola dari penjaga gol harimau muda dan melakukan lambungan cantik menewaskan khairul fahmi..Kelantan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 setelah S. Chanthuru menanduk masuk sepakan sudut Badhri Radzi. pada minit ke-69,hasil ledakan Izzaq Faris yang menyudahkan hantaran cantik Fandi Othman dari sebelah kiri berjaya meletak harimau muda dihadapan namun norshahrul mengikat kedudukan 2-2 sama pada minit ke-86..

Sementara itu, Terengganu berjaya merampas tangga kedua daripada Selangor setelah mudah menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu..Abdul Manaf Mamat mele- dak dua gol pada minit ke-26 dan 57, manakala satu lagi gol disumbang Ashari Samsudin minit ke-64..Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Selangor terus bernasib malang apabila tewas 1-2 kepada Pahang.

Pahang membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi Azamuddin Mohd. Akil yang merembat kencang bola ke gawang Selangor bagi menewaskan penjaga gol, Mohd. Iqbal Suhaimi..Pahang kian bersemangat dan menggandakan usaha untuk menambah gol, namun keputusan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama..Di babak kedua, Pahang menambah derita Selangor apabila Mohd. Munir Ahmad meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-80..Selangor mendapat gol sagu hati menerusi jaringan D. Surendran yang mengambil sepakan percuma pada masa kecederaan.

No comments:

Post a Comment