Monday, May 16, 2011

kelantan dan terengganu di Final piala FA 2011




13/5/2011..kelantan dan terengganu berjaya mara ke final piala fa 2011 apabila menumpaskan lawan masing-masing semalam. kelantan mencatat keputusan seri 1-1 sama di kota bharu keatas pasukan selangor dengan argregate 6-2..gol kelantan dijaringkan oleh shakir shaari pada minit ke-9 yang menewaskan penjaga gol selangor iaitu iqbal suhaimi..selangor tidak berputus asa untuk mendapat jaringan dan berjaya menembusi gawang kelantan pada minit ke-78 yang dijaringkan oleh rudie ramli hasil hantaran penyerang selangor iaitu amri yahyah..

di terengganu pula, skuad penyu tampil garang apabila menewaskan jiran mereka iaitu pahang dengan argregate 5-2..terengganu memenangi perlawanan pertama dengan jaringan 3-2 di kuantan dan menang di terengganu dengan jaringan 2-0 hasil gol daripada abdul hadi yahya pada minit ke-35 dan gol kedua dari ailimi fahmi pada minit ke-85..dengan kemenangan itu meletakkan dua pasukan pantai timur ini di final piala fa 2011 yang bakal berlangsung pada 11/june/2011 ..namun venue perlawanan masih belum lagi ditetapkan..

belum pun perlawanan akhir bermula, skuad penyu sudah pun menabur janji kepada pemain terengganu akan menerima hadiah lumayan jika berjaya memenangi piala fa 2011 dengan menewaskan kelantan..cuma skuad kelantan saja yang masih belum mengumumkan hadiah atau ganjaran untuk skuad kelantan pada musim ini..

No comments:

Post a Comment