Friday, April 8, 2011

webber terpantas ujian masa pertama di sepang


Mark Webber mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan pembukaan Grand Prix Malaysia di sini hari ini sekaligus memberikan harapan kembalikan semula prestasi awal musim ini.Pelumba Red Bull berusia 34 tahun itu yang menduduki tangga kelima di Melbourne dua minggu lalu, mencatatkan masa satu minit 37.651 saat, mengatasi rakan sepasukan dan juara bertahan Sebastien Vettel yang tercicir di tangga ke-17.

Webber juga lebih dua saat mengatasi juara 2008 dari McLaren, Lewis Hamilton selaku pelumba kedua terpantas.
Manakala pelumba veteran, Michael Schumacher dari Mercedes mencipta masa ketiga terpantas mengatasi rakan senegara, Nico Hulkenberg dari Force India di tempat keempat

No comments:

Post a Comment