Saturday, April 30, 2011

Raqib terkeluar dari AF


Raqib atau nama sebenarnya Fahrur Raqib Abdul Majid terkeluar pada konsert minggu ini kerana mendapat undian terendah dan gagal meneruskan cabaran di AF..Raqib merupakan anak keempat dari lima beradik. Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ini lahir pada 17 Jun 1990 dan berasal dari Melaka. Selain dari pandai menyanyi dengan baik, mengaji, Raqib juga boleh bermain gitar dan menulis lirik. Berbakat dan suaranya yang enak didengar ini amat mirip dengan suara penyanyi dari tanah seberang yang juga merupakan antara penyanyi kegemarannya, Afghan. Dengan rupa dan juga stailnya yang amat mirip dengan penyanyi itu, Raqib memang lebih cenderung kepada irama Balada dan R&B. Juara AF pilihan Raqib pula adalah Zahid AF 2 kerana suara dan juga personalitinya yang sempoi. Artis pilihan Raqib pula adalah Aizat, Afgan, Misha Omar, dan Melly Goslow. Gemar senyum dan ketawa, dan percaya pada bakat, Raqib akan menyerikan lagi AF musim yang kesembilan ini.

No comments:

Post a Comment