Friday, April 8, 2011

keputusan liga super dan liga perdana 8/4/2011


LIGA SUPER:
hanya satu perlawanan liga super malam tadi iaitu perlis menentang kedah di kangar..perlawanan sengit ini hanya lah disaksikan beberapa orang penonton yang hadir..Kedah menumpaskan Perlis 1-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Utama di sini malam ini.Kedah memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-29 yang disempurnakan oleh Baddrol Bakhtiar.

Pengadil Shamsuddin Ibrahim memberi penalti selepas penjaga gol Perlis, Mohd Amirul Rosli menjatuhkan penyerang Kedah, Mohd Khywil Muhymeen dalam kotak penalti pada minit ke-28.Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan agresif sehingga pengadil terpaksa melayang tiga kad kuning kepada pemain Kedah dan dua kepada pemain Perlis.Kejayaan itu membolehkan Kedah menduduki tangga kelima dalam carta liga dengan mengumpul 15 mata dalam 10 perlawanan manakala Perlis tercorot dalam kedudukan liga dengan tiga mata.

LIGA PERDANA:

PULAU PINANG 1 JOHOR 2

SARAWAK 1 ATM 1

MP MUAR 1 SDM NAVY 1

POS MALAYSIA 1 USM FC 0

SIME DARBY 0 PDRM 0

No comments:

Post a Comment