Saturday, April 30, 2011

keputusan liga super (30/4/2011)


Kelantan merampas pendahulu liga daripada selangor selepas mencatat kemenangan 2-0 keatas Kl di kota bharu malam tadi..jaringan kelantan dijaring oleh badri radzi pada minit ke-24 hasil satu larian solo dari tengah padang dan mudah menewaskan penjaga gol Kl..gol kedua hadir pada minit ke 80 hasil jaringan s.chanturu yang mudah menewaskan penjaga gawang Kl..kelantan berjaya menguasai perlawanan malam tadi namun jentera serangan yang tumpul dan kekebalan penjaga gol Kl adalah punca kelantan gagal menafaatkan beberapa peluang keeamasa untuk mendapatkan gol yang banyak..kelantan kini berada di puncak liga dengan 33 mata yang turut berkongsi mata dengan pasukan selangor yang hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan..

di stadium cheras ,pasukan negeri sembilan perlu menyalahkan diri sendiri apabila tidak menghargai kelebihan jaringan apabila mendahulu 2-0 pada suatu ketika namun felda united berjaya merapatkan jurang dan berjaya mengikat ns dengan jaringan 2-2...keputusan seri turut diterima t-team apabila sekadar seri dengan pahang dengan tanpa jaringan..

perlis terus dirudung malang apabila tumpas 1-3 kepada harimau muda A di kangar malam tadi dan johor fc berjaya mendapat 3 mata penuh dengan menewaskan sabah dengan 3-0..perlawanan di stadium jcorp agak tengang apabila layanan kad merah diberikan kepada pemain sabah..

keputusan penuh perlawnan :

Kelantan (2) - Kuala lumpur (0)
T-team (0) - pahang (0)
johor fc (3) - sabah (0)
perlis (1) - Harimau muda (3)
felda united (2) - Ns (2)

2 comments:

  1. macam La Liga la plak Kelantan Selangor...team power..tp masalah selangor dah xbleh menang dah dengan kelantan..badi mana la yg dtg kat selangor..

    ReplyDelete