Friday, March 25, 2011

abidal menghidapi ketumbuhan hati


Pemain pertahanan Barcelona dan Perancis, Eric Abidal dibenarkan berehat di rumah selepas menjalani pembedahan ketumbuhan hati minggu lalu dan dijangka akan kembali menjalani latihan dalam tempoh sebulan, kata pemimpin La Liga semalam.
“Pemain tersebut telah keluar dari hospital malam kelmarin dan kini berehat di rumah,” kata Barca dalam laman web kelab itu (www.fcbarcelona.cat).

“Prosedur selepas pembedahan tidak menghadapi sebagai masalah,” kata kelab tersebut.
Pemain berusia 31 tahun itu yang beraksi cemerlang musim ini, menyertai Barca dari Olympique Lyon pada 2007 dan pernah bermain untuk kelab Ligue 1 seperti Lille dan AS Monaco.

pemain barcelona ini bakal terlepas perlawanan penting El-clasico dan suku akhir liga juara-juara pada minggu hadapan

No comments:

Post a Comment