Monday, February 14, 2011

Timbalan Perdana Menteri Ke Merlimau hari ini



ketibaan Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin di merlimau amat dinantikan oleh penduduk merlimau ...saya study di merlimau ni sangat seronok menyaksikan penduduk tempatan di merlimau ini berpesta kerana hari penamaan calon bagi pilihan raya di merlimau ini...tarikh penamaan calon pada 26/2/2011 yang akan dilangsungkan di Dewan Platinum,politeknik merlimau melaka..

tepat jam 3 petang Y.A.B timbalan perdana menteri tiba di politeknik merlimau dengan menaiki helikopter dari putrajaya...sewaktu ketibaannya ramai pelajar politeknik menyaksikan kehadiran Y.A.B...rasa begitu teruja sekali apabila dapat melihat timbalan perdana menteri datang di merlimau,melaka ini..

setelah itu,,timbalan perdanan menteri melawat sekolah tamil merlimau dan bilik gerakan Barisan Nasional di pekan merlimau.. ketika di merlimau,timbalan perdana menteri memberitahu media bahawa Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan diumumkan pada 23 Februari iaitu tiga hari sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini.





Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima senarai calon yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment