Friday, February 18, 2011

lepak di Karnival Ria Merlimau 2011




merlimau yang terletak di melaka bandaraya bersejarah menjadi tumpuan orang ramai termasuk media yang ingin mendapatkan berita terkini mengenai pilihan raya kecil Dun Merlimau..walaupun hari penamaan calon akan berlansung pada 26/2/2011..namun sudah banyak aktivi telah dijalankan di sekitar merlimau..diantaranya karnival ria merlimau ,gerai jualan serta bandar merlimau ini dihiasi dengan hiasan lampu yang cantik pada waktu malam..

malam tadi aq sempat la pergi ke karnival ria merlimau yang berlangsung di merlimau point..tempat karnival tu cuma berhadapan dengan taman tempat rumah yang aku tinggal di merlimau ni..kira2 500 hadir pada karnival itu...yang lebih menyeronokkan warga merlimau ialah dengan adanya kehadiran artis terkenal tanah air iaitu UKAYS yang tampil membuat persembahan...UKAYS diterima baik oleh warga merlimau..kebanyakan warga merlimau terdiri daripada pelajar politeknik merlimau..jadi sudah semestinya ramai anak muda bernyanyi bersama UKAYS ...

ukays menyanyikan lebih dari pada 10 buah lagu diantaranya "kekasihku di menara gading" , "bila diri disayangi" , "disana hanya menanti disini hanya menunggu" dan banyak lagi...persembahan itu turut mendapat sambutan meriah warga merlimau dengan mereka bernyanyi bersama Ukays...saya sempat juga merakan beberapa video dan gambar ukays ...jika ingin melihat video ukays..saya akan upload dalam 2 minggu lagi kerana di merlimau susah untuk mendapat line internet yang pantas macam kat umah..hehe...anda bole tgk kat profile youtube saya iaitu wwww.youtube.com/uzairshiela





terima kasih kepada pihat penganjur karnival ria merlimau kerana syaa sendiri melihat pihak kerajaan serius dalam memberi kelebihan kepada warga merlimau untuk mendapat ruang dalam berniaga di merlimau ini dan warga merlimau juga terhibur dengan karnival tersebut...jika merlimau ini dapat dimajukan sudah pasti ramai lagi golongan bijak pandai akan dapat dilahirkan...

No comments:

Post a Comment