Friday, February 25, 2011

Penempatan penyokong parti bertanding di Merlimau


peringatan dari uzair:-

jalan di hadapan politeknik merlimau(pmm) sehingga depan taman merlimau utara akan ditutup esok pada jam 6.30 pagi..kepada warga taman merlimau utara diminta keluar awal utk mengelak kesesakan..penyokong BN akan ditempatkan di sebelah kanan PMM iaitu dihadapan masjid..penyokong PAS ditempatkan di hadapan hentian bas PMM...PELAJAR SEMUA DILARANG MENYERTAI MANA-MANA PARTI POLITIK !! kang nati ada yg kene buang poli kang..

peringatan dari pihak polis:-

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lyle berkata, bagi memastikan penamaan calon berjalan lancar dan aman, penyokong BN berhimpun di sebelah kanan pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.Bagi penyokong parti Pas, mereka akan berhimpun di sebelah kiri politeknik iaitu dari arah susur keluar ke pekan Merlimau dari Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ)."Jalan utama di hadapan politeknik sehingga Taman Merlimau Utara akan ditutup untuk semua kenderaan bermula jam 6.30 pagi esok,

No comments:

Post a Comment