Saturday, February 19, 2011

Makan malam bersama Perdana Menteri





19/2/2011 - sabtu jam 8.45 malam...bertempat di padang bola sepak politeknik merlimau melaka,hampir 10 ribu warga merlimau termasuk menteri2 dan tetamu kehoramat bermakan malam bersama perdana menteri malaysia iaitu Dato' Sri utama Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak bersama isterinya..antara tetamu yang hadir ialah ketua menteri melaka,ketua parti komponen BN, dan ketua2 bahagian parti komponen BN DUN merlimau.



ketibaan PM dimeriahkan dengan tarian singa oleh gabungan 3 hasil karya melayu,cina dan india..ini menunjukkan simbol 1 Malaysia yang menjadi ikutan rakyat malaysia kini...jamuan bersama rakyat ini juga diadakan bagi menyambut Tahun Baru cina dan sekaligus pihak kerajaan mengambil peluang beramah mesra bersama warga merlimau bagi menguatkan jentera pilihanraya yang akan dilangsungkan di DUN Merlimau pada 6 mac ini..

sebelum pada majlis ini,PM juga telah melawat banyak tempat disekitar merlimau diantaranya ialah beliau merasmikan kampus UITM cawangan Jasin yang terletak di Seri Mendapat,merasmikan dua buah kedai runcit yang diuruskan oleh warga merlimau dan diilhamkan oleh syarikat MYdin..hampir 3000 orang meraikan ketibaan PM di merlimau ini..Pm juga merasmikan Hotel Politeknik merlimau melaka yang ditubuhkan sejak tahun 2003...

kini Bandar Merlimau sudah banyak berubah berbanding dulu yang cuma boleh dikatakan sebuah kampung..kini wifi telah maju sama seperti bandar lain di melaka..diramalkan pada hari selasa atau rabu PM akan mengumumkan calon kerajaan BN untuk DUN merlimau ini...

tema mengundi di DUN merlimau ini adalah " MERLIMAU DUN KU SAYANG" yang kini menjadi siulan orang ramai di merlimau ini..diharap pihak kerajaan dapat mengubah nasib orang Merlimau kepada lebih baik berbanding dulu..

2 comments:

  1. Hi! please do visit our blog! we sell
    purely handmade products such as pouch,
    earrings, cards et 쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
    http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete