Thursday, February 3, 2011

Konvoi ke Ipoh bersama sepupu aku






malam tahun baru cina yang lepas,aku dan sedara aq mendapat satu lagi idea gila iaitu kami ingin mengadakan konvoi ke Ipoh yang akan dimualakan perjalanan di Rumah kami dan kami akan singgah makan dulu di Downtown cheras...pada jam 11 malam kami berenam orang menaiki 3 buah motosikal dan memulakan perjalanan ke downtown cheras bagi mengalas perut dahulu sebelum konvoi bermula..kami sempat makan 67 batang steambot yang dikongsi seramai enam orang..ketika kami makan di downtown secara tiba2 makcik kami iaitu makcu telah datang ke situ dan singah untuk makan bersama...makan malam ini ditaja sepenuhnya oleh along makngah iaitu sepupu aku la..



perjalanan bermula dari downtown cheras pada jam 12.15 pagi dengan didahului oleh motor aq dan diikuti sedara2 aq..aq bertindak sebagai crew leader dalam konvoi ini dan tugas aq ialah menunjukkan hala tuju konvoi ini...setelah tiba hentian rawang kami mengisi minyak bagi memudahkan perjalanan kami...setalah mengisi minyak kami meneruskan semula perjalanan kami sehingga lah kami berhenti di hentian tapah,perak untuk berehat seketika..ketika disitu jam telah pun menunjukkan jam 3.30 pagi...kami sempat minum air dan makan keropok yang ditaja oleh sepupu aq...



setelah itu,kami mengisi minyak dan meneruskan semula perjalanan sehinggalah tiba di simpang susur keluar ipoh dan kami sempat mengambil gambar disitu kira2 jam 4.35 pagi...setelah itu kami meneruskan perjalanan dan kami mencari rumah tumpangan di Hotel Lotte yang terletak di jalan foo yet kai iaitu hotel yang terletak dihadapan the store.....penginapan ini ditaja oleh sepupu aq jg dengan nilai kos RM 88 untuk bilik yang mempunyai katil kembar..kami check in jam 5 pagi dan check out jam 9.30 pagi..kami sempat lah tido dan bersih kan diri di hotel itu..










kami xada byk masa dan setelah jam 9 pagi ..kami semua makan sarapan pagi di restoran haji yahaya di jalan tingkat pasar..kami sempat makan makanan istimewa masyarakat ipoh iaitu Mee Kicap..sangat sedap skali kami makan mee ini dan suka sangat2..seterusnya kami ke lost world of tambun dan setelah mengambil gambar disana kami pun terus pulang ke rumah..









jumlah duit yang keluar :-

1.minyak moto = RM 20
2.makan+minum = RM tajaan sepupu aku
3.hotel = tajaan sepupu aku

No comments:

Post a Comment