Thursday, February 3, 2011

Gary Neville bersara



LONDON - Bekas kapten Manchester United, Gary Neville akhirnya mengumumkan persaraannya kelmarin.Selepas 20 tahun mengabdikan diri sebagai pemain bola sepak, Neville yang bakal menjangkau usia 36 tahun pada 18 Februari ini, kini bukan lagi milik United.

Bersama-sama David Beckham, Ryan Giggs, Paul Scholes, Nicky Butt dan adiknya, Phil Neville, Neville memulakan kariernya ketika membantu Akademi United menjuarai Piala FA Remaja pada 1992.Sejak itu, Neville menandatangani kontrak untuk beraksi bersama skuad The Red Devils pada Julai 1991.Sepanjang beraksi bersama United, Neville telah membuat penampilan sebanyak 602 perlawanan.

Dia telah memenangi lapan trofi Liga Perdana England, tiga kejuaraan Piala FA, dua gelaran Piala Liga dan masing-masing satu dalam Piala Antara Benua serta Kelab-Kelab Dunia.Neville pada awalnya mampu menjulang lebih banyak kejuaraan bersama United, namun terpaksa bergelut dengan masalah kecederaan yang berpanjangan yang mana menyaksi- kan dia hanya beraksi seba- nyak 31 perlawanan sepanjang empat musim sebelum ini

No comments:

Post a Comment