Thursday, January 6, 2011

siapa bakal memenangi juara lagu ke 25?


dalam minggu ni semua orang heboh membicarakan tentang siapa bakal juara AJL yang ke-25 pada 9 januari 2011 jam 9 malam di stadium putra bukit jalil dan secara langsung di TV3 Dan HOT fm..banyak artis dari realiti tv yang berjaya memasuki pusingan akhir ajl kali ni...persaingan kali ini sangat menarik dan pastinya ahad ini akan menaikkan semangat artis untuk melakukan persembahan yang menarik dia antara artis yang telah berjaya ke pusingan akhir ialah Ana Rafali,yuna,hujan,API,faizal tahir,bunkface,black,meet uncle hussien,stacy,shahir,hafiz dan adira..



AJL25 yang dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar itu akan menyaksikan persembahan pembukaan oleh Francissca Peter, Nash dan M. Nasir yang pernah memenangi AJL sebelum ini.Khusus untuk penonton setia mereka, TV3 akan menampilkan tiga penyanyi wanita unggul negara iaitu Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza menerusi sebuah persembahan istimewa untuk segmen interlud..diantara lagu yang dikatakan bakal menjuari AJL kali ini ialah lagu cinta sempurna oleh yuna, drama king oleh black dan meet uncle hussien dan ana rafali -tolong ingatkan aku..jadi kepada peminat AJL diharap dapat menonton di tv3 jam 9 malam ahad ini

No comments:

Post a Comment