Friday, January 14, 2011

TUNE TALK PRESENTS 'JUSTIN BIEBER MY WORLD TOUR' IN MALAYSIA



jason lo berusaha keras bagi mendapatkan Justin Bieber untuk mengadakan konsert jelajah justin bieber di malaysia pada tahun ini dan beliau mengharap banyak pihak turut mempromosikan konsert Justin Bieber ini.



Jason Lo merasmikan pelancaran penjualan tiket konsert Justin Bieber di Bangsar Village 2 pada 15/1/2011.





Justin Bieber akan mengadakan konsert 'my world tour' di malaysia pada 21 april 2011 bertempat di stadium merdeka pada jam 8.30 malam...hari ini 15/1/2011..TUNE TALK telah mengadakan satu acara bagi mempromosikan konsert ini,acara yang dimaksudkan ialah TUNE TALK PRESENTS 'JUSTIN BIEBER MY WORLD TOUR' IN MALAYSIA yang bertempat di bangsar village 2..pelbagai acara disedaiakan disana seperti pembelian tiket konsert,bieber band,Dont blieb me out, xbox dance central game and hitz.fm party stunt contest.acara tersebut dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Jason Lo (CEO tune talk) yang merasmikan pembelian tiket konsert..

tiket-tiket yang dijual berharga RM 498,RM 358, RM 288,RM 188 dan RM 98...seawal jam 4 pagi sudah ramai peminat justin bieber telah beratur untuk mendapatkan tiket konsert JB yang bakal dilangsungkan buat julung kalinya di malaysia..








jason lo berkata pada media, tiket vip akan dijual dan akan didermakan kepada untuk kerja amal tune talk..pembelian tiket vip akan akan mendapat 5 underprivileged children bagi menyaksikan konsert tersebut.

ketika pelancaran konsert justin bieber,kira-kira hampir 1000 orang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan tiket konsert tersebut,sambutan hangat ini telah menunjukkan reaksi positif rakyat malaysia terhadap tune talk yang sering membawa artis luar negara untuk membuat konsert di malaysia..tiket-tiket online akan mula dijual pada 16/1/2011 di www.ticketpro.com.my dan turut dijual di www.airasiaredtix.com..

penyanyi kelahiran kanada ini mula dikenali ramai apabila justin bieber meletakkan video nyanyian peribadinya di www.youtube.com...di situlah bakatnya dikesan oleh penyanyi amerika iaitu usher dan terus membuat rakaman nyanyian dan mengeluarkan single pertamanya iaitu 'one time' dan lagu nya terus mendapat perhatian dunia dan beliau sendiri digilai ramai oleh gadis-gadis diseluruh dunia.








No comments:

Post a Comment