Saturday, January 29, 2011

Juara bertahan piala sumbangsih tewas



itulah hakikat kepada penyokong red giant selepas pasukan selangor tumbang di gelanggang sendiri 0-2 kepada kelantan malam tadi..kelantan yang bermain lebih baik berbanding selangor mendapat gol awal melalui sepakan penalti daripada nor shahrul idlan selepas razman roslan menjatuhkan nurul azwan roya di dalam kotak penalti..jatuhan itu dilihat seperti hanya lakonan ..namun pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada kelantan..gol kedua kelantan dijaring oleh badri razi atau dikenali sbg piya hasil satu sepakan percuma dari kanan gawang selangor...kegagalan selangor adalah berpunca dari pada kurang persafahaman antara pemain dan pemain gagal merancang serangan dengan berkesan serta gagal menghantar bola kepada rakan dengan baik..

kelantan berjaya memenangi piala sultan haji ahmad shah buat julung kalinya..kira2 40 ribu org memenuhi stadium pada malam tadi dan penyokong kelantan sekali lagi mencemarkan suasana stadium dengan membakar mercun dan menimbulkan provokasi kepada penyokong selangor sehingga perlawanan terpakasa berhenti 10 minit..ini telah banyak menganggu moral pemain dan sikap kurang ajar penyokong kelantan ini perlu lah diambil tindakan FAM ...

bagi penyokong selangor, para pemain telah pun memohon maaf diatas kekalahan semalam dan mereka mahukan penyokong bersabar dan bertenang kerana liga masih panjang dan mereka akan berusaha melakukan terbaik bagi merampas ketiga-tiga piala..hardi jaafar muncul pemain terbaik selangor pada malam tadi..beliau dipilih kerana cara permainannya yang bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa...sewaktu beliau di tukar kan dengan fazilidin khalid..hardi menerima sorakan gemuruh penyokong selangor dan diberi tepukan tanda kesetiaannya kepada pasukan selangor..hardi juga memberitahu hal ini di dalam FACEBOOK dan beliau sendiri berterima kasih kepada penyokong selangor yang setia menyokong.



bagi penyokong kelantan, tahniah kerana menang buat kali pertama utk piala ini dan jumpa lagi di kota baharu


No comments:

Post a Comment