Wednesday, January 5, 2011

bola sepak malaysia 6/1/2011


hari ni banyak berita menceritakan kisah2 bola sepak malaysia ..ada yang sedih dan ada yang gembira..kita mulakan kisah sedih dahulu iaitu salah seorang bekas pemain kelantan dan johor fc iaitu Sairozi Daud, 32, dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu dekat sini semalam..Penyakit barah tengkuk yang dihidapinya mula dikesan awal Februari tahun lalu dan menjalani pembedahan di Hospital Pakar Sultan Abdul Samad, Johor Bahru.Selain itu, dia menerima rawatan kimoterapi sebanyak tujuh kali selain radioterapi sebanyak 36 kali sepanjang mendapatkan rawatan di hospital tersebut..berita sedih ini telah mendapat liputan meluas oleh pihak media dan pihak bertanggung jawab diantaranya adun machang..kepada peminat bola sepak malaysia tidak kira kelantan atau pun negeri lain diharap dapatlah membantu pembiayaan beliau dengan menghubungi klante.net untuk mengetahui cara menderma kepada beliau...

bagi cerita gembira pula...pasukan bola sepak malaysia yang telah menjuarai piala AFF akan diraikan oleh perdana menteri rabu ini dan perdana menteri malaysia iaitu najib tun razak akan mengumukan jumlah imbuhan yang bakal diterima oleh pemain bola sepak malaysia ...sebelum itu sudah ada pihak kerajaan negeri yang telah memberi imbuhan kepad pemain seperti tanah dan rumah kepada pemain iaitu kerajaan terengganu,kelantan dan perak..

penjaring gol terbanyak kejohanan safee sali telah pun menerima RM 10 ribu dari kerajaan negeri perak diatas usaha kejayaan beliau dalam piala AFF tempoh hari..

setelah piala aff berakhir pemain negara akan kembali fokus pada liga malaysia yang akan membuka tirai pada 29 januari 2011 dengan dimulakan perlawanan piala sumbangsih diantara selangor dan kelantan yang akan berlangsung di stadium shah alam pada jam 8.45 malam...diharap penyokong kedua2 pasukan dapat memenuhkan stadium dan memeriahkan perlawanan..

No comments:

Post a Comment