Saturday, December 25, 2010

Tiket Piala AFF suzuki tinggal 20 ribu


tiket perlawanan akhir hanya tinggal 20 000 saja...tiket itu hanya di peruntukan kepada penyokong bola sepak malaysia saja dan diharap seluruh peminat bola sepak malaysia di sekitar lembah kelang dapat menghadirkan diri ke perlawanan akhir esok jam 8 malam..

kepada rakyat malaysia ..janganlah anda menjual tiket perlawanan atau memperdagangkannya kepada rakyat indon...biarlah stadium bukit jalil dipenuhi oleh penyokong hitam kuning...!!

tiket akan dijual esok pagi jam 10 pagi dan anda semua bole mendapatkan tiket tersebut sehingga waktu perlawanan iaitu jam 8 malam..Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menetapkan pintu masuk dan tempat letak kereta berasingan untuk penyokong Malaysia dan Indonesia datang menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Penyokong Malaysia perlu menggunakan pintu masuk berwarna kuning, merah dan hijau ke stadium, manakala penyokong Indonesia dikhaskan pintu biru dan ungu.

Tempat letak kenderaan A, B dan C pula adalah bagi penyokong Malaysia, dan kawasan D serta E untuk penyokong Indonesia.

Penyokong kedua-dua pasukan diminta mematuhi ketetapan itu

No comments:

Post a Comment