Thursday, December 30, 2010

sehari selepas kemenangan malaysia


akhirnya media massa dan cetak indonesia mengakui kekalahan pasukan timnas mereka kepada juara piala aff suzuki 2010 yang dimenangi oleh malaysia dengan kelebihan gol 4-2...mereka juga menerima dengan hati terbuka walaupun masih ada peminat bola sepak indonesia yang tidak dapat menerima kekalahan..ada pekara yang menarik minat rakyat indonesia sekarang ialah mereka tertarik dengan gaya permainan khairul fahmi dan safee sali yang dilihat sebagai punca kemenangan pasukan muda malaysia di kejohanan aff kali ini..bahkan ada juga artis indonesia kini mula meminati safee dan fahmi kerana beraksi begitu baik dan hebat sewaktu menumbangkan indonesia..


fahmi (gol keeper malaysia) juga memberi pujian kepada jurulatih malaysia iaitu k.rajagopal yang memberi taktik dan didikan kepada skuad malaysia dan beliau sendiri telah mengkaji setiap pemain indonesia..antara aspek yang dikaji ialah cara dan hala tuju sepakan penalti oleh pasukan indonesia..disebabkan hal itu lah fahmi berjaya menangkap bola yang disepak oleh kapten indonesia iaitu firman..


Ganjaran khas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hasil kejayaan skuad negara menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama, kelmarin, akan diumumkan oleh Presidennya, Sultan Ahmad Shah, apabila baginda kembali dari luar negara, Isnin ini.selain itu malaysia juga telah mengumpul hadiah juara sebanyak RM 300 000 untuk diagihkan kepada pemain kelak..


berita baik untuk peminat malaysia ini keranan Kementerian Belia dan Sukan bersedia untuk menyenaraikan skuad bola sepak dalam program Road to London 2012 berdasarkan kejayaan skuad Harimau Malaya merangkul kejuaran Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam waktu terdekat,Jelas beliau, kementerian bersedia mempertimbangkan perkara tersebut setelah menyaksikan kebangkitan sukan bola sepak seperti menerusi kejayaan kelmarin dan prestasi membanggakan pada temasya Sukan SEA dan Asia lalu.




selain itu,5 gol yang dijaring oleh penjaring terbanyak kejohanan ialah safee sali yang lahir di kajang,selangor telah menambat hati para peminat malaysia dan indonesia...ada juga kelab2 di indon ingin membeli beliau..namun safee telah pun menyambung kontraknya bersama skuad juara liga super 2010 iaitu selangor..nama beliau juga telah membuat peminat malaysia teringat kepada mokhtar dahari yang membuatkan para peminat menyamakan diri beliau sama sperti supermokh....namun jelas safee beliau beraksi pada kelas tersendiri dan supermokh masih terlalu handal buat beliau tandingi..


No comments:

Post a Comment