Thursday, December 30, 2010

sambutan meriah ketika ketibaan pejuang malaysia di KLIA








Pemain bola sepak negara disambut bagaikan askar pulang ke tanah air apabila hero-hero malaysia ini pulang dari jakarta dengan membawa piala keramat AFF SUZUKI cup yang mereka menangi setelah menumpaskan indonesia secara agregate 4-2 .tahniah kepada skuad muda malaysia kerana berjaya membawa nama malaysia ke pentas dunia dan isnyaallah malaysia akan masuk ke world cup suatu ketika nanti.


Lebih 2,000 peminat bola sepak negara dari segenap lapisan, hadir dan rela berasak-asak untuk memberikan 'sambutan wira' yang luar biasa sekembalinya skuad bimbingan K. Rajagobal dari Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.Sebahagian besarnya tetap menunggu dengan penuh sabar di Balai Ketibaan KLIA sejak pukul 12 tengah hari lagi, walaupun waktu ketibaan penerbangan MH0710 yang dinaiki skuad negara tiba lewat lebih sejam daripada yang dijadualkan pada mulanya, 2.10 petang.

Ramai yang enggan melepaskan peluang untuk menyaksikan serta merakamkan gambar dari dekat, detik bersejarah ketibaan skuad juara Piala Suzuki AFF 2010 itu yang hanya keluar ke Balai Ketibaan kira-kira pukul 4.15 petang.

Malah kebanyakannya hadir dengan memakai jersi Harimau Malaya, sama ada yang berwarna kuning hitam mahupun biru merah selain membawa Jalur Gemilang dan tidak ketinggalan segelintir yang membawa replika trofi Piala Suzuki AFF, selain menyanyikan pelbagai lagu termasuk 'Barisan Kita'.Ada juga yang sempat menghulurkan salam dan menyentuh badan pemain dan pegawai pasukan, manakala yang tidak dapat berbuat begitu kerana terpaksa berasak-asak, sekadar melaungkan ucapan tahniah dan terima kasih, khususnya kepada Rajagobal dan Penjaring Terbanyak kejohanan, Safee Sali.

1 comment: