Tuesday, December 28, 2010

malaysia selangkah untuk juara Piala AFF 2010


biar apa orang indon nak kata yang penting kita juara ..itulah jaminan k.rajabopal dan pemain malaysia sebelum perlawanan final kedua di jakarta esok...malaysia akan bergelar juara dan itulah jangkaan dan harapan seluruh rakyat malaysia yang mengharapkan norshahrul dan safee sali akan meledakkan seberapa banyak gol di jakarta nanti dan malaysia tidak akan sesekali bermain bertahan ..malah akan membelasah garuda sehingga mati kedalam lubang maut dan harimau malaya akan bergelar juara terhebat di rantau asia tenggara ini !



Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Alfred Riedl mengkritik media tempatan negara itu yang disifatkannya telah 'merosakkan mental' pemain-pemain bimbingannya.Apa yang dikesalkan oleh jurulatih yang berasal dari Austria itu juga ialah pemain-pemain pasukan kebangsaan itu serta ahli keluarga mereka diberi sanjungan yang melampau sehingga ke peringkat 'mabuk pujian'.Riedl menegaskan, beliau hairan kenapa media massa di Indonesia memberikan publisiti yang melampau kepada pemain-pemain bimbingannya.Pada masa yang sama, Riedl mempersoalkan kenapa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menganjurkan aktiviti-aktiviti yang tidak memberi sebarang kepentingan kepada pasukan kebangsaan negara itu.

"Media terlalu banyak meminta wawancara dengan pasukan ini. Bahkan, sejak kebelakangan ini, aktiviti yang dianjurkan oleh PSSI juga mengganggu kami. Banyak kegiatan yang berlebihan dan tidak perlu. Mungkin habis (kekalahan) ini, anda (media massa) baru akan kembali memijak bumi," katanya penuh tegas seperti yang dilaporkan akhbar Warta Kota, semalam.Laporan yang diberikan oleh media massa negara ini khususnya beberapa hari menjelang perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin amat luar biasa.

Ada beberapa saluran televisyen yang menyiarkan laporan yang begitu mengagung-agungkan pasukan kebangsaan itu selain memandang remeh pasukan lawan.Selain Warga Kota, akhbar-akhbar utama lain turut memberikan liputan meluas terhadap kegagalan pasukan bola sepak Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 kepada pasukan Malaysia.

Seperti yang dijangka, isu pancaran laser oleh penonton ke arah pemain bola sepak Indonesia terus diperdebatkan di dada-dada akhbar sebagai menterjemahkan rasa kecewa mereka terhadap kegagalan yang tidak pernah dimimpikan oleh negara itu.Akhbar Jakarta Globe dalam laporannya berkata, kegagalan Garuda di tangan Harimau Malaya saling tidak ubah seperti sebuah mimpi buruk bagi negara itu.Kejayaan pasukan Malaysia juga katanya, meninggalkan tekanan yang bukan kecil kepada pasukan di bawah bimbingan Riedl itu.

Apa lagi dengan persoalan apakah final kedua kejohanan itu akan berlangsung di Stadium Bung Karno di sini pada 29 Disember ini yang terus menjadi tanda tanya akibat rusuhan dan kerosakan prasarana stadium itu juga akan memberi kesan lapor akhbar itu lagi.Bagi akhbar Kompas dalam laporan muka depannya pula, pasukan Indonesia harus belajar untuk memberi persaingan yang lebih sengit kepada pasukan Malaysia pada pertandingan Rabu ini.

"Kegagalan pada peringkat final pertama semalam harus menjadi pengajaran paling berguna buat pasukan itu untuk melakukan langkah yang lebih signifikan," kata akhbar itu lagi.Pada masa yang sama, akhbar Kompas melaporkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menggesa pasukan Garuda serta para penyokong bola sepak agar jangan sama sekali menyalahkan team lawan hanya kerana kegagalan itu.
Susilo kata akhbar itu, meminta rakyat Indonesia tidak berkecil hati dan tetap menyokong pasukan nasional dengan semangat kesukanan yang tinggi.
"Tidak perlu kecil hati, jangan salah-menyalahkan, pastinya timnas (team nasional) kita juga ingin membuat yang terbaik," kata Presiden negara yang dipetik dari akhbar arus perdana itu

3 comments:

  1. selamat buwat tim malaysia yang bermain cemerlang,,
    memang kemaren pemain timnas indonesia turun mentalnya selepas gol pertama...
    semoga nanti permainan kedua tim bagus siapapun juaranya!!! :) bravo

    ReplyDelete
  2. ifran - kamu benar...kedua2 tim bagus..

    ezal- malaysia boleh!

    ReplyDelete