Wednesday, December 1, 2010

KARNIVAL 1001 RASA SATE KAJANG 2010




kepada semua warga kajang mahupun selangor atau kuala lumpur...marilah sertai makan sate percuma di stadium kejang anjuran kerajaan negeri selangor, majlis penbandaran kajang ,tourism selangor dan pengusaha-pengusaha sate di selangor..

masuk adalah percuma dan acara ini akan dimulakan pada hari sabtu dan berakhir pada ahad ini iaitu 4 dan 5 disember 2010 ..bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 malam..

sebenarnya beberapa tahun dahulu stadium kajang sering membuat pelbagai acara dan kali ini pesta kajang kembali dengan menampilkan KARNIVAL 1001 RASA SATE KAJANG 2010..

jadi kepada yang berkelapangan di jemput hadir dan disana juga mempunyai pelbagai acara menarik yang ditunjukkan di dalam flyers...


dengar cerita waktu makan sate free ialah hari ahad dari jam 6 petang sampai 10 malam..hehe


Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menghargai peranan pengusaha sate kajang yang telah menjadikan Kajang dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang sebagai salah satu destinasi yang perlu dikunjungi bagi merasai kenikmatan sate Kajang sebenar.

Selain itu, karnival ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sillaturahim di antara MPKj dengan Pengusaha Sate Kajang, menghargai peranan dan perj...uangan pengusaha sate selama ini, mengkomersialkan lagi perniagaan sate, bersempena Kempen Melawat Selangor dan Bandar yang perlu dilawati oleh pelancong melalui produk sate ini

Pesta 1001 Sate Kajang ini berkonsep santai sambil berhibur dan diadakan dalam bentuk karnival. Ianya akan dimeriahkan lagi dengan acara pembakaran pelbagai jenis rasa sate yang akan dimuatkan di dalam Malaysia Guiness Book of Records.

Banyak program telah dimuatkan di dalam karnival ini seperti persembahan Cak Lempong, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak taska, tadika dan kemas, pertandingan makan sate terbanyak, pertandingan mencucuk sate, pertandingan menganyam ketupat terpantas, pertandingan futsal dan bola jarring, serta persembahan daripada artis-artis jemputan tanah air. Gerai-gerai pameran turut didirikan sepanjang acara untuk tujuan memberikan informasi-informasi yang menarik serta berguna.

Butiran acara :
Tarikh : 4 – 5 Disember 2010
Masa : 9.00 pagi – 11.00 malam
Tempat : Stadium Kajang, Kajang

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan :
* Perasmian Karnival 1001 Rasa Sate Kajang
* Pertandingan Idola Kecil
* Pertandingan Kajang Idol
* Pertandingan Mewarna
* Pertandingan Futsal Padang
* Pertandingan Bola Jaring
* Pertandingan Permainan Rakyat
* Pertandingan Kompang Berirama
* Pertunjukan Seniman Jalanan
* Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang
* Pertandingan Memasak
* Pertandingan Mengukir Buah-buahan
* Pertandingan Autoshow
* Pembakaran Pelbagai Jenis Sate (Malaysia Book Of Records)
* Pertandingan Raja Sate (makan sate terbanyak)
* Pertandingan Menganyam Ketupat
* Pertandingan Mencucuk Sate
* Persembahan Tarian dan Muzik
* Persembahan Artis Terkenal Tanah Air
* Gerai Jualan dan Pameran
* Gerai Promosi Penaja
* Slot Khas Penaja

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi :
Khairul - 017-627 8796
Sufi - 017-252 6659
Remi - 013-300 1320

3 comments: