Thursday, December 23, 2010

cerita sebelum perlawanan akhir?


1.target kemenangan malaysia

- Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap skuad negara mampu mencapai kemenangan 3-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini

-sambil itu dibantu dengan kekuatan pemain yang berkualiti dan hebat ..sudah pasti malaysia mampu meraih kejuaraan pertama Piala AFF suzuki 2010 ini sambil dibantu oleh ribuan penyokong malaysia yang akan mengegarkan bukit jalil..

2.safiq rahim mahukan gol !

-Nama ketua pasukan Malaysia, Safiq Rahim mungkin agak sedikit tenggelam berbanding Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha, selepas berakhir saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010, apabila sehingga kini dia masih gagal menjaringkan sebarang gol.

-Justeru itu, anak jati Kuala Selangor itu berazam mahu menamatkan kemarau jaringan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi membantu Malaysia mendapatkan bekalan selesa sebelum bertandang ke Jakarta.

-beliau juga mengharapkan penyokong malaysia dapat datang beramai-ramai ke stadium nasional bukit jalil ahad ini..supaya malaysia mendapat sorakan gemuruh oleh penyokong tempatan dan seterusnya dapat menengelamkan sorakan penyokong indon.


3.hanya 25 ribu tiket sahaja dijual pada hari pertama..

-Hanya 25,000 tiket untuk perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini dijual pada hari pertama pembelian dibuka semalam.

-Daripada jumlah tersebut, 17,000 tiket dijual di kaunter Stadium Nasional yang dikhaskan untuk penyokong Malaysia.Sebanyak 8,000 lagi dibeli oleh penyokong Indonesia, yang dijual di pejabat Kedutaan Republik itu di Jalan Tun Razak

-Ini bermakna, orang ramai masih boleh mendapatkan baki 53,000 tiket.Agak mengejutkan apabila semua tempat duduk grand stand yang berharga RM50 habis.

4.pemain yang cedera?

malaysia - Mohd Khyril Muhymeen

indoensia - Christian Gonzales

2 comments: