Tuesday, November 23, 2010

Razman Roslan sertai skuad Malaysia ke AFF



Razman Roslan dicalonkan jurulatih K. Rajagobal sebagai pengganti tonggak skuad bola sepak negara yang tercedera dalam senarai awal 30 pemain ke Piala Suzuki AFF yang bermula bulan depan. nama pemain pertahanan kanan selangor itu dikemukakan dalam rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu ini kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan keputusan sama ada mereka boleh diterima atau tidak, bakal diketahui esok.

Khidmat mereka amat diperlukan ekoran kecederaan serius yang menimpa Nasriq Baharom, Ahmad Fakri Saarani dan Norhafiz Zamani Misbah sebelum dan ketika Sukan Asia XVI Guangzhou, baru-baru ini. anak buah rajagopal juga mencalonkan 2 orang pemain lagi bagi menggantikan pemain malaysia yang cedera di sukan asia iaitu Indra Putra Mahayuddin (kelantan) dan A. Thamil Arasu (Harimau muda B)

Anak buah Rajagobal bakal beraksi dalam Kumpulan A Piala Suzuki AFF dengan menentang Indonesia (1 Disember) dan Thailand (4 Disember) di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Laos di Stadium Jalak Harupat, Bandung (7 Disember).

No comments:

Post a Comment