Friday, November 19, 2010

Lindegaard bakal sertai MU?


MANCHESTER, England 20 Nov - Penjaga gol Denmark, Anders Lindegaard dilihat bersedia untuk menyertai Manchester United menerusi kelab Norway, Aalesund jika dia lulus pemeriksaan kesihatan.

Lindegaard, 26, dilaporkan telah menjalani pemeriksaan bersama kelab terkemuka England semalam dan akan menjadi perintis kepada Edwin van der Sar jika penjaga gol veteran itu bersara seperti yang dijangka hujung musim ini.

Lindegaard sebenarnya menyertai Aalesund setelah dipinjam dari Odense hujung tahun lalu namun ditawar kontrak kekal selepas itu.

Dia telah empat kali beraksi untuk Denmark dan biasanya akan menjadi simpanan kepada penjaga gol No.1 negara terbabit, Thomas Sorensen.

Pemain yang ketinggian 193 sentimeter itu telah memberitahu akhbar Ekstra Bladet bahawa, sebarang perjanjian dengan Manchester nanti tidak akan sempurna sehinggalah Isnin ini. Dia tidak akan menyertai kelab itu secara rasmi sehinggalah musim perpindahan pemain dibuka 1 Januari nanti.

Lindegaard juga akan mengikuti jejak langkah legenda Peter Schmeichel yang beraksi buat United, namun pemain itu telah mengkritik rakan senegaranya itu dengan mengatakan, dia tidak berada di standard sebenar United.

“Kami berbicara tentang Manchester United di sini. Anda boleh lihat kepada bakat dan anda boleh lihat pemain muda yang bagus namun anda tidak mahu itu.

“Anda mahukah seseorang yang boleh memberi sesuatu segera dan memberi 80 peratus kepada permainan yang penjaga gol utama lakukan untuk Manchester United,” ujar Schmeichel ketika satu temu bual dengan laman web Beyond The Pitch.

No comments:

Post a Comment