Sunday, November 28, 2010

Amri yahya senarai 22 terakhir malaysia ke Indonesia.


ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah berada dalam senarai akhir 22 pemain yang akan ke Jakarta hari ini, bagi menghadapi perlawanan peringkat kumpulan kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010, yang akan bermula Rabu.Keputusan mengejut penyenaraian Amri itu diiringi pengguguran pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, yang sebelum ini disebut-sebut akan terpilih selain tonggak Kedah, Baddrol Bakhtiar ekoran kecederaan yang masih belum pulih.

Menurut Rajagobal, pemilihan Amri berdasarkan faktor pengalaman dan keperluan skuad kebangsaan yang amat kritikal di bahagian serangan.''Amri diserapkan kerana dengan pengalamannya yang luas dia mampu membimbing pemain muda di bahagian tengah dan serangan.

''Saya memikirkan bahagian serangan adalah posisi paling penting pada masa sekarang dan atas faktor saya terpaksa memilih Amri berbanding Indra yang lebih bertindak sebagai pemain sayap.''Saya juga tidak dapat memasukkan Indra kerana dia baru sahaja menjalani latihan dengan skuad kebangsaan hari ini. Jadi saya bimbang dengan tahap kecergasannya sama ada dia benar-benar bersedia atau tidak beraksi di sana,

Safiq Rahim dan Amri dijangka memegang peranan utama bahagian tengah, sementara Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha mengemudi jentera serangan.Skuad kebangsaan akan membuka cabaran Piala Suzuki AFF Rabu ini, bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

No comments:

Post a Comment