Monday, November 15, 2010

2010 formula 1 world champion


Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel mengakui dia tidak tahu apa yang berlaku sebelum dinobatkan selaku juara dunia pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Vettel memulakan perlumbaan terakhir pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi kelmarin dengan ketinggalan 15 mata di belakang pemandu Ferrari, Fernando Alonso.

Dia juga ketinggalan lapan mata di belakang rakan sepasukannya, Mark Webber dari Australia.

Dalam pada itu, Alonso dari Sepanyol menjadi pilihan untuk menjadi pemandu termuda memenangi gelaran juara sebanyak tiga kali.

"Saya tidak tahu apa-apa sehingga saya melepasi garisan penamat," katanya ketika pasukan Red Bull meraikan kejayaan berganda selepas memenangi kategori pengeluar di Brazil minggu lalu.

"Pada 10 pusingan terakhir, saya berasa hairan kenapa jurutera perlumbaan saya memberi sedikit nasihat dan cuba untuk membantu saya memenangi perlumbaan itu.

"Saya tertanya-tanya kenapa mereka berasa gementar. Kami perlu terus berada di posisi yang baik.

"Apabila saya melepasi garisan penamat, radio pasukan tiba-tiba senyap sebelum dia berkata semuanya kelihatan baik tetapi kami perlu menunggu semua jentera menamatkan perlumbaan.

"Saya bertanya apa maksudnya dan saya tidak melihat pada skrin. Saya hanya mahu kepastian, tidak mahu diganggu, hanya fokus pada diri sendiri.

"Kemudian dia bersuara di radio dan menjerit kepada saya bahawa kami telah memenangi kejuaraan dunia."

Dalam pada itu, Vettel megakui dia masih berpeluang untuk menang dan mengambil inspirasi daripada kejayaan Raikkonen menjadi juara dunia pada tahun 2007 lalu.

"Saya cuba untuk tidak memikirkan segala-galanya apabila bangun pagi ini (kelmarin). Saya juga tidak menghubungi terlalu ramai orang, hanya buat apa yang sepa- tutnya dilakukan," kata pemandu kelahiran Jerman berusia 23 tahun itu.

"Kami hanya sekali memimpin perlumbaan ini dan bila ia berlaku tidak penting. Saya adalah seorang yang pendiam.

No comments:

Post a Comment