Wednesday, September 8, 2010

Tevez umumkan persaraan !



BUENOS AIRES, Argentina, 9 September - Penyerang Argentina, Carlos Tevez mungkin menimbangkan untuk bersara daripada penampilan antarabangsa sebelum Piala Dunia Brazil 2014 berlangsung akibat halangan tubuh badannya.

Tevez, 26, berkata, dia bimbang terhadap keadaan fizikal di kesemua liga dan penampilan untuk pasukan kebangsaan. Pemain itu telah bermain untuk Boca Juniors, Corinthians, West Ham, Manchester United dan sekarang di Manchester City.

“Saya letih dan telah berusia 26 tahun. Saya telah tua. Saya tidak tahu jika saya mampu lagi berada pada 2014,” ujarnya.

Bagaimanapun, Tevez menjelaskan, dia tidak mungkin bersara dalam penampilan antarabangsa pada masa terdekat dan itu merupakan berita gembira buat Argentina yang sedang dalam persediaan menganjurkan kejohanan benua, Copa Amerika, tahun depan.

Dia membantu menjaringkan satu gol untuk kemenangan, 4-1 ke atas Sepanyol pada pertembungan persahabatan Selasa lalu

No comments:

Post a Comment