Friday, September 3, 2010

Pengumuman untuk kenderaan berat semperna hari raya !!

Kenderaan berat dilarang guna jalan raya 8, 9, 18, 19 Sept


SEREMBAN 3 Sept. – Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak pada 8, 9, 18 dan 19 September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hasan berkata, larangan itu dikuatkuasakan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk pulang ke destinasi masing-masing sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Perkara ini kita telah maklumkan kepada pengusaha kenderaan berat dan kita harap mendapat kerjasama yang baik daripada mereka,” katanya pada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Sikap ke-22 di Terminal 1 di sini, hari ini.

Katanya, kenderaan barangan yang dilarang menggunakan jalan raya pada hari tersebut ialah lori balak, lori pengangkut bahan binaan seperti simen, besi, keluli, batu, pasir dan tanah.

Katanya, turut dilarang menggunakan jalan raya dalam tempoh tersebut ialah lori pembancuh simen dan jentera berat seperti kren dan trak pelantar.

Bagaimanapun, beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut bagi lori kontena atau kargo yang membawa barangan elektronik dan elektrik dibenar beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

No comments:

Post a Comment