Sunday, September 12, 2010

Jurutera F1 HRT cedera dirempuh pemandunya sendiri

Seorang jurutera radio bagi pasukan Formula Satu Sepanyol, pasukan HRT cedera selepas dirempuh oleh pemandunya sendiri, Sakon Yamamoto ketika perlumbaan Grand Prix Itali, semalam. Tayar depan kereta yang dipandu Yamamoto telah menggilis kaki jurutera tersebut ketika Yamamoto mahu keluar dari hentian pit, kata seorang lagi pemandu HRT, Bruno Senna.


Sebuah ambulan telah dikejarkan ke hentian pit pada pusingan ke-53 perlumbaan bagi merawat jurutera yang tidak diketahui namanya itu sebelum membawanya ke pusat perubatan.

“Bantuan kecemasan telah diberikan serta-merta dan dia telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” kata prinsipal pasukan itu Colin Kolles.

“Dia telah sedar dan boleh bercakap dengan doktor.”

Berikutan insiden tersebut, Yamamoto yang merupakan pemandu baru bagi pasukan HRT itu didenda sebanyak AS$20,000 oleh FIA kerana terlalu awal keluar dari hentian pit.

Pelumba Jepun itu menduduki tempat ke-19 pada perlumbaan yang dimenangi oleh Fernando Alonso dari Ferrari.


No comments:

Post a Comment