Saturday, August 21, 2010

Penyanyi pop Inggeris maut selepas terjun di festival rock

Penyanyi pop Inggeris maut selepas terjun di festival rock

22/08/2010 4:57am

BRUSSELS 22 Ogos - Penyanyi utama dari kumpulan trio pop Inggeris ditemui maut setelah terjun dari sebatang tiang telekomunikasi yang dipanjatnya di belakang pentas utama sebuah festival rock di Belgium semalam.

Charles Haddon, 22, berasal dari Ou Est Le Swimming Pool maut akibat kejadian itu ketika festival muzik Pukkelpop di Hasselt sebuah bandar di sebelah timur Belgium.

Peguam bandar tersebut, Marc Rubens berkata, pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh diri.

Penganjur festival itu berkata, pihak keluarga Haddon telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Sebelum itu, pada Khamis lalu, Michael Been ketua kumpulan The Call dari Amerika Syarikat turut meninggal dunia dalam festival yang sama setelah mengalami serangan jantung

No comments:

Post a Comment