Friday, July 30, 2010

Asyraf juara Imam Muda


Asyraf juara Imam Muda

JUARA Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (kiri) bersama pengetua, Hassan Mahmood (dua dari kiri); tenaga pengajar, Sharizan Daud At-Turabi serta pemenang tempat kedua, Hizbur Rahman Omar Zuhdi (kanan). – UTUSAN / MOHD NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 30 Julai – Setelah tiga bulan bersiaran, program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda akhirnya menobatkan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan sebagai juara.

Kemuncak program pertama di dunia yang mengangkat peranan imam ke kaca televisyen itu berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam malam ini.

Program itu turut mendapat perhatian dan permintaan daripada beberapa stesen penyiaran gergasi luar negara termasuk salah sebuah rangkaian televisyen di Switzerland dan Turki.

Beliau mengenepikan pencabar terdekatnya Hizbur Rahman Omar Zuhdi.

Selain trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hadiah turut merangkumi tawaran kontrak Imam Ratib di salah sebuah masjid di ibu kota, biasiswa pakej ‘berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000.

Hadiah lain termasuklah pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.

Hizbur Rahman pula membawa pulang hadiah pakej ‘emas’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Saudi Arabia, pakej umrah, wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam dan pakej perabot jati bernilai RM7,000.

Hadiah lain termasuklah sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, iPhone, pakej spa Maghribi di samping trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah daripada Jawi.

Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Peserta Imam Muda dipandu oleh pengetua, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar iaitu Ustaz Shahrizan Daud dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang.

No comments:

Post a Comment