Wednesday, June 16, 2010

Tuan rumah world cup dan dilanda malapetaka..!!



mereka tewas 0-3 kepada uruguay dan mereka kini berdepan dengan penyingkiran kumpulan A...diego forlan membuktikan dia masih handal dengan membawa pasukan uruguay menang perlawanan malam tadi...


afrrika juga turut dilanda malapetaka apabila negara meraka terlibat dengan cuaaca yang amat sejuk..


Tuan rumah Piala Dunia dilanda bencana

17/06/2010 3:11am

CAPE TOWN 17 Jun - Bandar raya Cape Town yang menempatkan pasukan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dilanda bencana teruk semalam selepas banjir dan kebakaran memusnahkan lebih 2,100 buah rumah kediaman penduduk sekitarnya.

Semua pasukan yang ditempatkan di bandar itu telah diletakkan dalam keadaan berwaspada pada tahap tertinggi berikutan cuaca buruk dengan hujan lebat, angin kencang dan hujan salji serta laut bergelora menjadikan keadaan terlalu sejuk sekarang, kata satu kenyataan bandar raya semalam.

“Operasi bantuan terus dipertingkatkan bagi memastikan keadaan kembali normal,” kata ketua pusat pengurusan bencana, Greg Pillay kepada AFP.

Kelmarin, 60 buah rumah kediaman musnah di jilat api menyebabkan 250 orang kehilangan tempat tinggal di Hout Bay, yang hanya dapat dikawal sepenuhnya semalam.

Ini diikuti dengan banjir yang memusnahkan 900 buah rumah di beberapa kawasan menyebabkan 1,900 orang kehilangan tempat tinggal. - AFP

No comments:

Post a Comment