Sunday, May 16, 2010

TERBAIK DARI INDIES UNTUK ANDA




Satu kompilasi hebat yang mengabungkan himpunan lagu- lagu Indie terbitan Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd yang akan berada di pasaran pada 20 April 2010. apa yang Menariknya album ini mempunyai 16 buah lagu-lagu yang cukup popular di kalangan para peminat indie yang sedang menguasai industri muzik tanah air pada masa kini. Band-band ini digabungkan dengan bergaya sekali dan akan mencetuskan satu revolusi baru di dalam bidang musik negara kita dan akan menimbulkan persaiangan yang sihat dikalangan artis negara kita dan juga dapat menyaingi artis daripada indonesia.

Himpunan lagu-lagu Independent di dalam album ini mengabungkan irama hip hop dan muzik Indie. Antara lagu-lagu Hip Hop yang terdapat di dalam album ini adalah dari artis Hip Hop yang ternama seperti Joe Flizzow menerusi lagu Isabella feat Amy Search dan Do It Duit feat Phlowtron. Manakala Altimet feat Ning Baizura menerusi lagu Mimpi turut di muatkan di dalam album ini. Hampir kesemua lagu-lagu Hip Hop di dalam album ini merupakan lagu-lagu hit dan popular serta selalu kedengan di corong-corong radio.

2 buah lagu Inggeris dari Disagree -Osaka dan Kraf – Diamond turut dimuatkan di dalam album ini. Manakala Kraf turut menyumbangkan satu lagu melayu iaitu Ayoh Berjoget. Hampir kesemua lagu-lagu di dalam album ini adalah dari band –band indie yang semakin meningkat naik seperti Maximus menerusi lagu Biar mati chinta Ini, Joanna & Co lagu Aku Pelangi, Couple dengan lagu Tentang Kita, Sonar menerusi lagu Tentang Dia serta banyak lagi. band-band indie ini juga sering kedengaran lagu-lagu mereka di corong-corong radio..selaian itu, mereka juga sering tampil dalam gig yang dianjurkan dan mempersembhakan lagu hitz mereka.

Manakala lagu Aurora dari Estranged yang berjaya ke peringkat akhir Juara Lagu 24 turut di muatkan di dalam album ini. Terdapat juga lagu nyanyian Nabila Huda iaitu X-Ray. Kesemua lagu-lagu di dalam album ini merupakan pilihan yang terbaik dalam muzik Independent pada masa kini . Jadi apa yang di tunggu lagi, dapatkan segera dengan hanya berharga RM 31.90 di pasaran sekarang .




Tracklisting

1.Isabella – Joe Flizzow feat Amy Search
2.Oh Sizuka – Pop Shuvit
3.Cinta Gila – Grey Sky Morning
4.Aurora - Estranged
5.Mimpi – altimet feat Ning Baizura
6.Ayoh Joget - Kraft
7.Si Murai Penipu - Stonebay
8.X-Ray – Nabila Huda
9.Aku Pelangi – Joanna & Co
10.Gadis Gedung Atasan – Brainhead
11.Biar Mati Chinta Ini - Maximus
12.Tentang Kita - Couple
13.Cuma Dia -Sonar
14.Osaka - Disagree
15.Diamonds - Kraft
16.Do It Duit – Joe Flizzow feat Phlowtron

No comments:

Post a Comment