Monday, May 31, 2010

bola rasmi piala dunia merbahaya !!!

Pemain kutuk bola Piala Dunia

INNSBRUCK, Austria - Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas mengemukakan aduan mengenai bola rasmi Piala Dunia, yang dikatakan lebih sesuai digunakan di pantai berbanding pada pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan.

Bola keluaran Adidas yang dikenali sebagai 'Jabulani' atau membawa maksud 'Mari Meraikan' dalam bahasa Zulu itu dikatakan terlalu ringan, pantas dan sukar ditangkap.

"Bukan penjaga gol saja yang merungut tentangnya, malah pemain biasa juga. Ia amat menyedihkan kerana pada kejohanan besar seperti Piala Dunia, ada elemen penting yang tidak menepati piawaian,'' kata Casillas selepas perlawanan menentang Arab Saudi, kelmarin.

Perancang utama Sepanyol, Xavi turut mengakui bahawa bola berkenaan sukar untuk dikawal.

"Ketika bermain, kami mendapat perlawanan tidak berjalan lancar disebabkan kesukaran mengawal bola,'' ujarnya.

Malah, rungutan yang sama turut dibangkitkan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon yang menyifatkan penggunaan bola itu sesuatu yang "memalukan".

"Model baru sama sekali tidak menepati piawaian dan saya percaya, adalah sesuatu yang memalukan perkara ini berlaku pada kejohanan sebesar Piala Dunia, di mana banyak bintang handalan mengambil bahagian,'' katanya.

Jabulani diperkenalkan sebagai bola yang paling sempurna dan tepat ukurannya ketika dilancarkan oleh badan bola sepak dunia, FIFA.

Bola baru untuk kejohanan besar memang sering memberi kesukaran kepada pemain.

Penjaga gol Brazil, Julio Cesar menyifatkan bola berkenaan sebagai 'dahsyat dan menakutkan', dan tidak ubah seperti bola yang dibeli di pasar raya, manakala penyerang Itali, Giampaolo Pazzini berkata ia umpama 'malapetaka', baik untuk penjaga gol mahupun penyerang kerana terlalu ringan

No comments:

Post a Comment